Wednesday 24 August 2011

CONTEST SEO : AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA


Assalamualaikum


Nak join click flat di atas..

Okes bersesuaian dengan bulan 8 adalah bulan kemerdekaan Aku Anak Malaysia Merdeka (Cik Kasut telah bertukar nama yek) nak cita serba sikit mengenai anak -anak malaysia yang tersohor yang di kenali dunia antaranya :- 

Dato' Azhar Mansor  

Anak Malaysia Merdeka pertama yang berjaya belayar mengelilingi dunia
Belayar dengan kapal layarnya bernama Jalur Gemilang yang berharga RM2 juta.  

Abdul Rahim Dahalan  

Pada tanggal 21 April tahun 1998, sekumpulan 23 ahli payung terjun Malaysia 
Telah berjaya mendarat di atas Kutub Utara pada aras 200 kaki di atas paras laut dan pada suhu beku 500 darjah Celcius.
diketuai oleh Anak Malaysia Merdeka, Abdul Rahim Dahalan yang berusia 52 tahun dan merupakan rakyat Malaysia yang tertua yang pernah menjejakkan kaki di Kutub Utara.  

M.Jegathesan

Datuk Dr Mani Jegathesan atau lebih dikenali sebagai M. Jegathesan
Olahragawan Negara 1966 yang cemerlang dalam bidang akademik kerana berjaya memperolehi ijazah pertama perubatan dari Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) pada 1967 dan bergelar doktor perubatan.
Memegang status pelari terpantas Asia selama lapan tahun atau 96 bulan pada era 1960-an      Pada masa ini Anak Malaysia Merdeka ini adalah Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Jimmy Choo  

Beliau memulakan kerjayanya sebagai pelatih di kedai membuat kasut milik bapanya di Pulau Pinang
Anak Malaysia Merdeka ini  boleh dianggap sebagai duta Malaysia atas kejayaannya memperkenalkan nama Malaysia di dunia fesyen serta sentimen patriotik yang sentiasa diluahkannya ketika berucap tentang negaranya
Mendiang Puteri Diana merupakan pelanggannya yang paling terkenal

Dato’ Hassan Nawawi 

Dato’ Hassan Nawawi Bin Abd. Rahman merupakan wira daratan yang telah menyahut cabaran mengelilingi dunia dengan berbasikal
Idea untuk berbasikal megelilingi dunia bukanlah datang secara mendadak tapi disebabkan Anak Malaysia Merdeka ini berminat membaca kisah pengembaraan Ibn Batutta, Khalid al - Walid, Magellan, Colombus dan nama-nama agung seperti Alexander The Great, Genghiz Khan, Shih Huang Ti dan I Cheng
Anak Malaysia Merdeka ini mencatat pengembaraan berbasikal selama 389 hari dan berkayuh sejauh 26 565 kilometer merupakan catatan terbaru dalam sejarah tanah air.

Nicol Ann David

Beliau dilahirkan pada 26 Ogos 1983 di Pulau Pinang dan menuntut di Convent Green Lane.
Anak Malaysia Merdeka ini merupakan pemain skuasy wanita negara yang berjaya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

Pencapaian:
 
2006
Kejohanan Asia - Juara Perseorangan, Kejohanan Asia – Juara Berkumpulan 

2005
Terbuka Kuala Lumpur Country View - Juara Perseorangan, Terbuka Sheika Al Saad Kuwait - Juara, Terbuka Squash Mamut Dutch - Juara, Kejohanan Terbuka CIMB Malaysia– Juara, Terbuka Dunlop British - Juara, Terbuka Carol Weymuller – Juara, Kejohanan Dunia - Juara 

2004
Terbuka MAS Kuala Lumpur – Peserta Akhir, Terbuka Wanita Malaysia – Peserta Akhir, Kejohanan Shanghai Wispa Worldstar – Peserta Akhir 

2003
Kejohanan Dunia – Pemenang pingat perak

2002
Terbuka Kuala Lumpur – Juara Perseorangan, Kejohanan Asia – Juara Perseorangan, Kejohanan Asia – Juara Berkumpulan, Sukan Komenwel 2002 (Beregu) – Pemenang pingat perak Terbuka Kuwait - Juara perseorangan, Terbuka Belanda – Juara perseorangan, Terbuka Malaysia – Juara perseorangan 

2001
Kejohanan Remaja Asia – Juara Perseorangan, Kejohanan Remaja Asia – Juara Berkumpulan, Kejohan Remaja Dunia – Juara 

2000
Terbuka Finland – Juara Perseorangan, Terbuka Kuala Lumpur – Juara Perseorangan, Kejohanan Asia – Juara, Finnish Open - Juara

Lain-lain Anugerah
Pingat Ahli Mangku Negara (2000), Anugerah Usaha Guinness ke-186 (2001), Pemain Terbaik Asia 2001, Olahragawati Kebangsaan (2000, 2003 & 2005), Olahragawati Tahun untuk Negeri Pulau Pinang 1998,1999, 2000, 2001, 2002.

Datuk Rafiah Salim
 
Yang Berbahagia Datuk Rafiah Salim dilahirkan pada 13 Mei 1947 di Kuala Krai, Kelantan
Bermula pada 15 Januari 1997, Anak Malaysia Merdeka ini bertugas sebagai Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sehingga 13 Disember 2002 dan merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang pernah menjawat jawatan tersebut
 
Kolonel Dr. Roshidah Ishak
 
Pakar pergigian Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kolonel Dr. Roshidah Ishak merupakan Anak Malaysia Merdeka wanita pertama negara dilantik sebagai Brigedier Jeneral pada majlis pemakaian pangkat pegawai kanan Tentera Darat pada 19 Mac 2007
 
M. Magendran dan N. Mohandas 
 
Anak Malaysia Merdeka berjaya menakluki puncak Gunung Everest yang merupakan puncak gunung yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 29,000 kaki di atas paras laut. 
Anak Malaysia Merdeka ini adalah di antara 20 orang pasukan Ekspedisi Gunung Everest Malaysia pada bulan Mei tahun 1997
Projek Everest telah diilhamkan oleh Anak Malaysia Merdeka Perdana Menteri ketika itu, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Walaupun Malaysia bukan negara yang pertama menakluki Gunung Everest, namun kejayaan ini tetap merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan bagi negara. Ekspedisi ini mendapat liputan harian selama hampir 55 hari oleh RTM. 
 
P. Ramlee
 
Hasil perkongsian hidup Teuku Nyak Putih Teuku Karim dengan Che Mah Hussein sejak tahun 1925, P.Ramlee Anak Malaysia Merdeka telah dilahirkan pada 22 Mac 1929 
Anak Malaysia Merdeka ini pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya
Dalam pertandingan itu, Anak Malaysia Merdeka ini menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.  
isteri pertama ialah Junaidah Daeng Haris
isteri kedua Norizan 
isteri ketiga Salmah Ismail atau pun Saloma
Anak Malaysia Merdeka ini meninggal ketika berusia 44 tahun pada pagi Selasa 29 Mei 1973 kerana diserang sakit jantung. Jenazahnya telah disembahyangkan di Masjid Kampung Baru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan orang-orang Islam di Jalan Ampang 
 
Misbun Sidek
 
Nama sebenar Anak Malaysia Merdeka ini ialah Mohamed Misbun Bin Sidek dilahirkan pada 17 Februari 1960 di Banting, Selangor. 
Anak Malaysia Merdeka ini merupakan pemain badminton pertama di negara ini yang mencapai taraf antarabangsa ketika berusia 24 tahun.
 
Antara Pencapaian Anak Malaysia Merdeka ini:-
2002 Memenangi 3 pingat emas dalam acara perseorangan lelaki berpasukan dan bergu campuran bawah kategori 35 tahun ke atas di World Masters Games, Melbourne, Australia,
Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia 
Menerima penghargaan khas daripada Persatuan Badminton Melayu Malaysia,
Menerima Penghargaan khas daripada Majlis Sukan Negeri Selangor, 
Menerima Anugerah Jurulatih Kebangsaan daripada Majlis Sukan Negara
2004 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia Tenaga jurulatih ke Sukan Olimpik, Athen
2005 Tenaga Jurulatih Ke Kejohanan Dunia, California USA

K.Kien Kiat & T.Boon Heong
 
Pasangan beregu Malaysia Anak Malaysia Merdeka ini iaitu Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong telah mencatat sejarah memenangi Kejohanan Badminton All-England 2007 bagi perlawanan beregu lelaki. 
Malaysia telah menanti 25 tahun untuk kemenangan berprestij ini.
Kali terakhir adalah pada tahun 1982 apabila regu Anak Malaysia Merdeka iaitu adik beradik Razif dan Jailani Sidek yang menjadi juara bagi acara yang sama.
Anak Malaysia Merdeka ini telah menewaskan juara dunia dari China iaitu Cai Yun dan Fu Haifeng secara straight set 21-15, 21-18 di National Indoor Arena Birmingham. 
 
Antara Pencapaian mereka :-

Tahun       
2006 Kejohanan Terbuka Jepun pencapaian Naib Juara
        Kejohanan Sukan Asia pencapaian  Emas
 
2007 Kejohanan Terbuka Malaysia Super Series pencapaian Juara
        Kejohanan Terbuka Korea Super Series pencapaian Naib Juara
        Kejohanan All England Super Series pencapaian Juara
        Kejohanan Terbuka Super Series Wilson Badminton Swiss pencapaian Juara
 
Datuk Dr. Mazlan Othman
 
Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Mazlan dilahirkan pada 11 Disember 1951 di Seremban, Negeri Sembilan
Anak Malaysia Merdeka ini menerima Pendidikan awal Kolej Tunku Kurshiah sehingga tamat pada tahun 1963 dan  melanjutkan pelajaran ke University of Otago, New Zealand dalam bidang astrofizik. 
Anak Malaysia Merdeka ini mula berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai tutor pada tahun 1975 dan dinaikkan pangkat sebagai pensyarah selepas menerima Ijazah Kedoktoran dalam bidang astrofizik daripada University of Otaga pada tahun 1981. 
Merupakan Anak Malaysia Merdeka wanita pertama yang membuat pengkhususan dalam bidang astrofizik. 
Pada tahun 1990, Anak Malaysia Merdeka ini ditugaskan oleh Jabatan Perdana Menteri bagi mengetuai Bahagian Planetarium. 
Tugas utama di Bahagian Kajian Sains Angkasa ialah mengembangkan isu-isu strategi angkasa negara. Seterusnya bertugas sebagai Ketua Pengarah di bahagian Kajian Sains Angkasa, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dari tahun 1992 hingga 1999.
Anak Malaysia Merdeka ini telah dilantik sebagai Profesor Astrofizik oleh UKM pada tahun 1994.
Di peringakat antarabangsa, Anak Malaysia Merdeka ini dilantik menjadi Pengarah Hal Ehwal Angkasa Lepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Vienna, Austria dari Oktober 1999 hingga Jun 2002  Merupakan wanita kedua di dunia yang dilantik ke jawatan tersebut. 
Semasa Anak Malaysia Merdeka ini berkhidmat sebagai Ketua Pengarah di Bahagian Kajian Sains Angkasa di Jabatan Perdana Menteri telah dipertanggungjawab menerajui Mikrosatelit Negara iaitu satelit Tiung-SAT 1 dan RazakSAT. 
         
Raihan

Anak Malaysia Merdeka ini merupakan sebuah kumpulan nasyid tempatan yang ditubuhkan pada Oktober 1996. 
Raihan dari istilah Arab membawa maksud wangian dari syurga
Anak Malaysia Merdeka ini merupakan perintis kepada irama nasyid dan selepas kewujudannya banyak kumpulan nasyid yang muncul bagaikan cendawan tumbuh.Anak Malaysia Merdeka ini berjaya meraih anugerah nasyid antarabangsa yang julung kalinya diadakan di Binayas Ballroom, Hotel Grand Hyatt, Dubai pada 26 Oktober 2006
Anugerah tersebut diberi nama Almahabba Awards Art of Love melibatkan beberapa kumpulan nasyid terpilih dari seluruh dunia termasuk dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Eropah dan Afrika Selatan.
Yang membanggakan, Anak Malaysia Merdeka ini merupakan satu-satunya kumpulan nasyid dari Benua Asia yang berjaya mendapat anugerah tersebut.    


Nur Amalina Che Bakri  

Anak Malaysia Merdeka ini merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. 
Anak Malaysia Merdeka ini mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. 
Anak Malaysia Merdeka ini berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan.
Pengajian Anak Malaysia Merdeka ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia. 

okes habis cita pasal Anak Malaysia Merdeka yang tersohor Aku Anak Malaysia Merdeka mengimbas kembali detik-detik sejarah hitam yang pernah tercetus di atas muka bumi yang indah ini yang dinamakan Malaysia.
Peristiwa 13 Mei 1969
Tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. 
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.

Pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur.

Aku Anak Malaysia Merdeka ingin berbicara inikah yang kalian mahukan untuk tanah tumpah darah kita. Mahukah kalian merasa azab dan seksanya hidup menderita di tanah air sendiri setelah kita Anak Malaysia Merdeka hidup aman dan damai dalam Gagasan1Malaysia?

Mungkin kalian semua tidak penah menyertai Kursus Biro Tatanegara, seandainya kalian semua menghadirinya Aku Anak Malaysia Merdeka pasti semangat cintakakan malaysia akan berkobar-kobar dan berjanji akan mempertahankan tanah air tercinta ini sehingga ke titisan darah yang terakhir demi agama, bangsa dan negara.   

Aku Anak Malaysia Merdeka tag :-
ain 

Sumber di olah daripada sejarahmalaysia.pnm.my dan wikipedia.org
     

4 comments:

  1. 1st time denga adiah 3000 blogwalking
    segmen soe
    x pandai la seo
    gud luck k awk , tq tag sy :)

    ReplyDelete
  2. thanks dear...minggu nie minggu bz jue..sorryla dear xdpt join k..anyway thanks sbb tag jue..:-)

    ReplyDelete
  3. @Terbelogkami lagi ler tak pandai...:)
    welcome

    ReplyDelete

Sila tinggalkan kesan kasut selipar anda d sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...