Wednesday, 24 August 2011

.:: SAHABAT::.


Assalamualaikum


Dalam dunia ini Kita tidak punya sesiapa, Kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam Kita bersendirian, Kita beruntung ....
Kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami Kita …
Sebagaimana Kita mengharapkan
keikhlasan Dan kejujuran seorang sahabat ,
begitulah juga dia.
Tetapi Kita sering terlupa akan hal itu....
Cuma mengambil kira tentang harapan Dan perasaan Kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi Kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan Dan membela diri...
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana Kita juga Ada janji yg tidak ditepati.


Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan Kita.
Waktu itu,
terfikirkah Kita perasaannya…?
Seperti Kita,
dia juga tahu rasa kecewa
Tetapi Kita sering terlupa....

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu
berada disisi pada waktu Kita memerlukannya.
Dia
mendengar luahan perasaan Kita, segala rasa kecewa Dan ketakutan.
Harapan Dan impian
juga Kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan
penyelesaian masalah.
Selalunya Kita terlalu asyik menceritakan tentang diri Kita hingga ... Kadang-kadang Kita terlupa ...
Sahabat Kita juga Ada cerita yg ingin dikongsi bersama Kita.
Pernah kah Kita memberi dia peluang untuk
Menceritakan tentang
rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah Kita
menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan Kita.
Ikhlaskah
Kita mendengar tentang kejayaan Dan berita gembiranya?

Mampukah Kita menjadi
sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali Kita rasa kecewa Dan menyerah kalah?
Dapatkah Kita yakinkan dia yg Kita
boleh dipercayai, Kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…?
Bolehkah Kita
menjadi bahu untuk dia bersandar harapan ?
Sesekali
jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk
memahami hati Dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga
Ada rasa takut , Ada rasa bimbang, sedih Dan kecewa .
Dia juga
Ada kelemahan Dan memerlukan seorang sahabat..

Sebagai kekuatan…

Jadilah
Kita sahabatnya itu.
Kita selalu
melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang Kita sangkakan
Di
sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan…
Di
sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…
Kita tidak tahu…
Tetapi.
Jika Kita Cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin Kita akan tahu..

RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA…


Satu-satunya cara agar Kita memperolehi kasih sayang, ialah
jangan menuntut agar Kita dicintai , tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan . (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikan
kepada anda adalah sahabat yang baik . Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik . (Hulamak)

psssssst to all my fren yang slalu jengah blog Cik Kasut nie Cik Kasut ucapakan terima kasih sebab banyak ajarkan Cik Kasut banyak benda....walaupun tak ajar directly tapi melalui tulisan pun dah mencukupi...thank a lot dear :) love u all... 

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan kesan kasut selipar anda d sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...