Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran
yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama.
Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di
dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan'
ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada
nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka
doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan
pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang
perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa
dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya
dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok,
makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua
perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam,
Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain
kewajiban menggantikannya kemudiannya... Keadaan ini disebut di dalam sebuah
hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa)
hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas
bangun di akhir malam.
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini
terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW
malah bercanggah dengan sunnah baginda.
"Sahur" itu sendiri dari
sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut
waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar
menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang
diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja
tanpa ibadah lain.
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut
pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan
solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya :
" dan ketika waktu-waktu bersahur
itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang
sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh
Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat
fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi :
Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.
Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik
bagi
witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah
syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada
keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan
pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah
sebagaimana Terawih.
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat
tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua
solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang
disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka
beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat
inginkan meriah.
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira
dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir
ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap
ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith
riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira
dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
8 ) Bermalasan dan tidak
produktif dalam kerja-kerja di siang hari
Dengan alasan berpuasa.
Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat
pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya
memperaktifkanprodu ktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith
yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah.
(al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah'
bagi sahur.
Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak
lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi
mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk
makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi
alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari
itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus
masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa
menjaga aurat.
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun
siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da
didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala
itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan
fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih
dipenuhi dengan harta haram,
Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit,
insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan
yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang
terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya,
tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan'
ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal
jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang
bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya
berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai
Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya
haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu
mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa
orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram,
insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita
perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri
dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.
13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan
berbuka.
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan
oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut:-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak
doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa
orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi.
Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala
ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa
itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" (
Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
Renung-renungkan & Selamat beramal
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal,
anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut,
Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut,
anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH
PUASA
Sumber maklumat disini
slamat beramal.. info yg sngat berguna.. hoho..
ReplyDelete@Zul Fattahtq :)
ReplyDeletetunggu entry baru..
ReplyDelete@Zul Fattahnape?nak kawen dah ke?
ReplyDelete