Wednesday, 3 August 2011

Persediaan hadapi ramadhan



Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo

Wahai orang-orang yang beriman...
Sejarah  Ramadhan :-
  • Ramadhan - ertinya panas terik
  • Bulan turunnya Al-Quran dan disebut 'Syaru Ramadhana'
  • Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan
  • Bulan dimana Nabi SAW mengambil semula Mekah dari tangan musrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
  • Di dalamnya dipilih malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan. (Lailatul bermaksud malam)
  • Di pilih untuk ibadat berpuasa
  • Di pilih untuk lain-lain 

Kelebihan Bulan Ramadhan :-
  • Kamu akan di naungi ramadhan (bagi yang telah meninggal dunia akan terlepas seksaan kubur)
  • Bulan keberkatan
  • Di malamnya ada yang lebih baik daripada 1000 bulan
  • Amalan solat sunat menyamai solat fardu
  • Solat fardu mendapat 70 kali ganda
  • Bulan bersabar dan pahalanya adalah syurga
  • Bulan menambah rezeki
  • Memberi orang berbuka banyak pahala
  • Bulan keampunan 
  • Doa paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa
  • Doa sepertiga malam
  • 10 hari pertama - mulanya rahmat
  • 10 hari pertengahan - pengampunan
  • 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka

Amalan-amalan di bulanRamadhan :-
(Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)
  • Menyucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
  • Menempah pakaian untuk ramadhan
  • Niat puasa sebulan pada permulaan ramadhan
  • Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al-Kahfi supaya senang bangun malam
  • Berazam melakukan terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
  • Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
  • Solat berjemaah setiap waktu
  • Solat jemaah di masjid/surau
  • Amalkan qiamulai walaupun pendek
  • Sahur di akhir waktu
  • Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam elakan makan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
  • Mandi Janabat sebelum imsak
  • Kurangkan Tido
  • Tunaikan solat sunat fajar (solat sunat subuh)
  • Tunaikan solat Dhuha
  • Tidur Waktu cuti (1 jam sebelum zohor)
  • Tunaikan solat rawatib
  • Jaga pancaindera
  • Elakan gosok gigi selepas tergelincir matahari sehingga berbuka
  • Hadiri Majlis Ilmu
  • Buat Baik kepada ibu bapa
  • Isteri hendaklah taat kepada suami
  • Banyakkan bersedekah
  • Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan dengan api
  • Berbuka bersama orang tua
  • Jemput tetamu berbuka
  • Kurangkan berat badan 
  • Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
  • Baiki hubungan suami isteri
  • Baiki hubungan jiran
  • Isteri jauhi daripada keluar makeup dan perhiasan
  • Elakkan berbelanja berlebihan
  • Banyakkan bersabar
  • Banyakkan selawat istigfar, bertasbih
  • Berazam beramal (pada lailatulqadar)
  • Mengejutkan anak suami atau isteri pada lailatulqadar
  • Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
  • Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
  • Berdoa dengan nada lembut dan merayu
  • Jauhkan bercumbu dengan suami isteri
  • Mendoakan ibu bapa samada hidup atau meninggal dunia
  • Melazimkan solat waktu
  • Elakkan banyak hutang
  • Elakkan sebelum berbuka puasa bersiar yang menjadikan pandangan liar
  • Melepaskan perasan sedih melepaskan ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan bulan ramadhan akan datang
  • Mengeluarkan zakat fitrah

.:: kawan-kawan  selamat membaca dan beramal okes :) .::





3 comments:

Sila tinggalkan kesan kasut selipar anda d sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...