Life
is short. Forgive quickly. Love truly. Laugh often, and never regret anything
that made you smile
Wednesday, 31 August 2011
Monday, 29 August 2011
The Arrivals
Renung-renungkan......
sebenarnya banyak lagi cuba tengok dan fikir-fikirkan.....
Labels:
agama
Thursday, 25 August 2011
Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan
Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran
yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama.
Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di
dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan'
ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada
nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka
doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan
pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang
perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa
dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya
dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok,
makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua
perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam,
Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain
kewajiban menggantikannya kemudiannya... Keadaan ini disebut di dalam sebuah
hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa)
hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas
bangun di akhir malam.
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini
terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW
malah bercanggah dengan sunnah baginda.
"Sahur" itu sendiri dari
sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut
waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar
menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang
diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja
tanpa ibadah lain.
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut
pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan
solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya :
" dan ketika waktu-waktu bersahur
itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang
sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh
Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat
fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi :
Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.
Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik
bagi
witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah
syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada
keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan
pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah
sebagaimana Terawih.
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat
tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua
solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang
disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka
beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat
inginkan meriah.
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira
dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir
ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap
ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith
riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira
dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
8 ) Bermalasan dan tidak
produktif dalam kerja-kerja di siang hari
Dengan alasan berpuasa.
Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat
pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya
memperaktifkanprodu ktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith
yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah.
(al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah'
bagi sahur.
Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak
lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi
mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk
makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi
alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari
itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus
masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa
menjaga aurat.
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun
siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da
didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala
itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan
fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih
dipenuhi dengan harta haram,
Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit,
insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan
yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang
terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya,
tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan'
ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal
jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang
bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya
berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai
Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya
haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu
mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa
orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram,
insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita
perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri
dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.
13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan
berbuka.
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan
oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut:-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak
doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa
orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi.
Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala
ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa
itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" (
Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
Renung-renungkan & Selamat beramal
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal,
anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut,
Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut,
anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH
PUASA
Sumber maklumat disini
Labels:
pengetahuan am
Sabar
Assalamualaikum
KITA
tidak boleh mengawal hati orang lain. Apa yang hendak mereka kata dan fikir
semuanya di luar jangkaan kita. Ilmu dan kehendak mereka yang akan melantunkan
tindakan serta perangai.
Jika
baik hati mereka, baiklah cakap, layanan dan sangkaan mereka tetapi jika hati
mereka kotor, maka tindakan akan menterjemahkan segala hitam yang bersarang di
kotak hati itu.
Kadangkala,
kita sudah lakukan yang terbaik tetapi mereka kata kita main-main. Kita sudah
berubah menjadi baik, mereka kata hendak menunjuk-nunjuk.
Kita lakukan dengan ikhlas, mereka kata ada udang di sebalik batu. Rasanya kita sudah boleh agak apa perasaan jika berada dalam situasi begitu.
Kita lakukan dengan ikhlas, mereka kata ada udang di sebalik batu. Rasanya kita sudah boleh agak apa perasaan jika berada dalam situasi begitu.
Tentu marah bukan? Justeru, kita perlu banyakkan bersabar dan bertenang kerana yang mengukur baik dan buruk bukannya manusia. Yang memberi kehidupan bukannya mereka kerana manusia tidak ada kuasa.
Hanya Allah s.w.t yang paling mengetahui apa yang ada dalam hati kita. Dialah yang ukur kebaikan kita, memberi rezeki dan memberi kehidupan kepada kita.
Allah yang Maha Kuasa jugalah yang melarang buruk sangka (suu zann).
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Jauhilah kamu daripada buruk sangka
kerana buruk sangka ialah seburuk-buruk berita.
Manusia memang suka bersangka-sangka. Apa lagi sangkaan yang buruk. Hati, akal dan mata selalunya tidak seiring. Mata melihat, otak memproses manakala hati mentafsir.
Jika hati yang berbaur dosa dan dengki mentafsir kecantikan seseorang, dia akan kata perempuan ini mesti pakai susuk. Jika ada yang berpakaian cantik dikatanya ini mesti hendak menunjuk-nunjuk.
Tetapi jika pakai selekeh pula dikatanya memang selekeh betul. Jika ada yang pakai barang kemas dikatanya sengajalah tu hendak tunjuk kaya. Jika tidak ada apa-apa pada tangan dikata pula sebagai orang miskin.
Demikian juga apabila bercakap banyak dikata hendak tunjuk pandai. Apabila diam tidak bercakap pula dikatanya sombong. Memang manusia punya hak untuk bersangka.
Jika yang baik punya sangka empunya diri yang untung. Hati tenang, minda damai, jiwa harmonis, disenangi dan mudah dapat kawan. Jika sangkaan buruk, jiwa sendiri yang sengsara.
Hati sakit saja. Banyak fikir mengenai orang, darah pun naik. Pendek kata, semua tidak kena. Sebab semua hal orang dia hendak fikir dan tafsir, sedangkan diri sendiri tidak difikirkan.
Tabiat sangka buruk terkena kepada semua golongan. Yang tua dengan cara dan kepakarannya manakala yang muda dengan kehangatannya.
Jika kita hendak layan semua sangka buruk orang dan semua hati kita hendak jaga, alamatnya makan hatilah kita. Lihat sejarah Luqman al-Hakim dengan anaknya menaiki seekor keldai.
Dalam perjalanan orang kata: Ada ke patut dua beranak naik keldai, kesian keldai tu. Selepas itu. Luqman duduk di atas keldai dan anaknya tarik dari bawah.
Orang kata juga: Ada ke patut bapa biarkan anaknya menarik dari bawah. Tukar posisi pula, anak naik keldai manakala Luqman pula yang tarik dari bawah. Orang kata juga, anak apa itu buat ayah dia macam hamba.
Justeru, cara terbaik ialah merawat penyakit buruk sangka ini. Di sini disarankan beberapa cadangan antaranya:
Manusia memang suka bersangka-sangka. Apa lagi sangkaan yang buruk. Hati, akal dan mata selalunya tidak seiring. Mata melihat, otak memproses manakala hati mentafsir.
Jika hati yang berbaur dosa dan dengki mentafsir kecantikan seseorang, dia akan kata perempuan ini mesti pakai susuk. Jika ada yang berpakaian cantik dikatanya ini mesti hendak menunjuk-nunjuk.
Tetapi jika pakai selekeh pula dikatanya memang selekeh betul. Jika ada yang pakai barang kemas dikatanya sengajalah tu hendak tunjuk kaya. Jika tidak ada apa-apa pada tangan dikata pula sebagai orang miskin.
Demikian juga apabila bercakap banyak dikata hendak tunjuk pandai. Apabila diam tidak bercakap pula dikatanya sombong. Memang manusia punya hak untuk bersangka.
Jika yang baik punya sangka empunya diri yang untung. Hati tenang, minda damai, jiwa harmonis, disenangi dan mudah dapat kawan. Jika sangkaan buruk, jiwa sendiri yang sengsara.
Hati sakit saja. Banyak fikir mengenai orang, darah pun naik. Pendek kata, semua tidak kena. Sebab semua hal orang dia hendak fikir dan tafsir, sedangkan diri sendiri tidak difikirkan.
Tabiat sangka buruk terkena kepada semua golongan. Yang tua dengan cara dan kepakarannya manakala yang muda dengan kehangatannya.
Jika kita hendak layan semua sangka buruk orang dan semua hati kita hendak jaga, alamatnya makan hatilah kita. Lihat sejarah Luqman al-Hakim dengan anaknya menaiki seekor keldai.
Dalam perjalanan orang kata: Ada ke patut dua beranak naik keldai, kesian keldai tu. Selepas itu. Luqman duduk di atas keldai dan anaknya tarik dari bawah.
Orang kata juga: Ada ke patut bapa biarkan anaknya menarik dari bawah. Tukar posisi pula, anak naik keldai manakala Luqman pula yang tarik dari bawah. Orang kata juga, anak apa itu buat ayah dia macam hamba.
Justeru, cara terbaik ialah merawat penyakit buruk sangka ini. Di sini disarankan beberapa cadangan antaranya:
- Berbaik sangka dengan semua orang.
- Tafsirkan segala yang kita lihat dengan positif.
- Tanamkan rasa takut pada kemurkaan dan ancaman azab Allah dengan buruk sangka.
- Sucikan hati dengan memperbanyakkan zikir.
- Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.
- Melakukan muhasabah diri.
Labels:
agama,
Bulan Ramadhan,
pengetahuan am
Pencarian Bloglist Terhebat
Assalamualaikum
Sila klik banner ini untuk maklumat lanjut :)
Sebab musabab Cik Kasut nak join ........ mestilah nak ramai kawan....nak ramai follower..... kalau boleh follower yang bukan setakat i follow u, u follow me back tapi stay dengan blog Cik Kasut dengan seadanya.
Sekian, terima kasih :)
Wednesday, 24 August 2011
Lawak
Assalamualaikum
Lemau toi sekarang nie wat keje...rasa di hati nak jer cepatkan ari dan waktu nak balik kampung. y??? sebabnyer tak sabo nak tengok si kecik kat umah dan si kecik kat belakang umah...kat blakang umah tu anak kucing le ye... :)
tengok jer iklan kat tv dapat idea :-
Mak : cepat bangun makan sahur
Anak : mak buat ho ho ho ho ho holicks yek
Mak : ho ho ho ho hotak kau dah nak abis waktu demand g nak itu ini....
Anak : sentap tau
tengok lak drama dapat idea nie :-
Ayah : ko nie nape tak p terawih lagi nie???
Anak: tak dak mood ler ayah
Ayah : agama mana yang ko ikut nie semayang pun ikut mood???
Anak : senyum kerang basi 3 minggu
Labels:
sesaja
CONTEST SEO : AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA
Assalamualaikum
Nak join click flat di atas..
Okes bersesuaian dengan bulan 8 adalah bulan kemerdekaan Aku Anak Malaysia Merdeka (Cik Kasut telah bertukar nama yek) nak cita serba sikit mengenai anak -anak malaysia yang tersohor yang di kenali dunia antaranya :-
Dato' Azhar Mansor
Anak Malaysia Merdeka pertama yang berjaya belayar mengelilingi dunia
Belayar dengan kapal layarnya bernama Jalur Gemilang yang berharga RM2 juta.
Abdul Rahim Dahalan
Pada tanggal 21 April tahun 1998, sekumpulan
23 ahli payung terjun Malaysia
Telah berjaya mendarat di atas Kutub
Utara pada aras 200 kaki di atas paras laut dan pada suhu beku 500 darjah Celcius.
diketuai oleh Anak Malaysia Merdeka, Abdul Rahim Dahalan yang
berusia 52 tahun dan merupakan rakyat Malaysia yang tertua yang pernah
menjejakkan kaki di Kutub Utara.
M.Jegathesan
Datuk Dr Mani Jegathesan atau lebih dikenali sebagai M. Jegathesan
Olahragawan Negara 1966 yang cemerlang dalam bidang akademik kerana
berjaya memperolehi ijazah pertama perubatan dari Universiti Kebangsaan
Singapura (NUS) pada 1967 dan bergelar doktor perubatan.
Memegang status pelari terpantas Asia selama lapan tahun atau 96 bulan pada era 1960-an Pada masa ini Anak Malaysia Merdeka ini adalah Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Jimmy Choo
Beliau memulakan kerjayanya sebagai pelatih di kedai membuat kasut milik bapanya di Pulau Pinang
Anak Malaysia Merdeka ini boleh dianggap sebagai duta Malaysia
atas kejayaannya memperkenalkan nama Malaysia di dunia fesyen serta
sentimen patriotik yang sentiasa diluahkannya ketika berucap tentang
negaranya
Mendiang Puteri Diana merupakan pelanggannya yang paling terkenal
Dato’ Hassan Nawawi
Dato’ Hassan Nawawi Bin Abd. Rahman merupakan wira daratan yang telah menyahut cabaran mengelilingi dunia dengan berbasikal
Idea untuk berbasikal megelilingi dunia
bukanlah datang secara mendadak tapi disebabkan Anak Malaysia Merdeka ini berminat membaca
kisah pengembaraan Ibn Batutta, Khalid al - Walid, Magellan, Colombus
dan nama-nama agung seperti Alexander The Great, Genghiz Khan, Shih
Huang Ti dan I Cheng
Anak Malaysia Merdeka ini mencatat pengembaraan berbasikal
selama 389 hari dan berkayuh sejauh 26 565 kilometer merupakan catatan
terbaru dalam sejarah tanah air.
Nicol Ann David
Beliau dilahirkan pada 26 Ogos 1983 di Pulau Pinang dan menuntut di Convent Green Lane.
Anak Malaysia Merdeka ini merupakan pemain skuasy wanita negara yang berjaya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
Pencapaian:
2006
Kejohanan Asia - Juara Perseorangan, Kejohanan Asia – Juara Berkumpulan
2005
Terbuka Kuala Lumpur Country View - Juara Perseorangan, Terbuka Sheika Al Saad Kuwait - Juara, Terbuka Squash Mamut Dutch - Juara, Kejohanan Terbuka CIMB Malaysia– Juara, Terbuka Dunlop British - Juara, Terbuka Carol Weymuller – Juara, Kejohanan Dunia - Juara
2004
Terbuka MAS Kuala Lumpur – Peserta Akhir, Terbuka Wanita Malaysia – Peserta Akhir, Kejohanan Shanghai Wispa Worldstar – Peserta Akhir
2003
Kejohanan Dunia – Pemenang pingat perak
2002
Terbuka Kuala Lumpur – Juara Perseorangan, Kejohanan Asia – Juara Perseorangan, Kejohanan Asia – Juara Berkumpulan, Sukan Komenwel 2002 (Beregu) – Pemenang pingat perak Terbuka Kuwait - Juara perseorangan, Terbuka Belanda – Juara perseorangan, Terbuka Malaysia – Juara perseorangan
2001
Kejohanan Remaja Asia – Juara Perseorangan, Kejohanan Remaja Asia – Juara Berkumpulan, Kejohan Remaja Dunia – Juara
2000
Terbuka Finland – Juara Perseorangan, Terbuka Kuala Lumpur – Juara Perseorangan, Kejohanan Asia – Juara, Finnish Open - Juara
Lain-lain Anugerah
Pingat Ahli Mangku Negara (2000), Anugerah Usaha Guinness ke-186 (2001), Pemain Terbaik Asia 2001, Olahragawati Kebangsaan (2000, 2003 & 2005), Olahragawati Tahun untuk Negeri Pulau Pinang 1998,1999, 2000, 2001, 2002.
Datuk Dr. Mazlan Othman
Pingat Ahli Mangku Negara (2000), Anugerah Usaha Guinness ke-186 (2001), Pemain Terbaik Asia 2001, Olahragawati Kebangsaan (2000, 2003 & 2005), Olahragawati Tahun untuk Negeri Pulau Pinang 1998,1999, 2000, 2001, 2002.
Datuk Rafiah Salim
Yang Berbahagia Datuk Rafiah Salim dilahirkan pada 13 Mei 1947 di Kuala Krai, Kelantan
Bermula pada 15 Januari 1997, Anak Malaysia Merdeka ini
bertugas sebagai Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu sehingga 13 Disember 2002 dan merupakan satu-satunya rakyat
Malaysia yang pernah menjawat jawatan tersebut
Kolonel Dr. Roshidah Ishak
Pakar pergigian Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) Kolonel Dr. Roshidah Ishak merupakan Anak Malaysia Merdeka wanita pertama negara
dilantik sebagai Brigedier Jeneral pada majlis pemakaian pangkat pegawai
kanan Tentera Darat pada 19 Mac 2007
M. Magendran dan N. Mohandas
Anak Malaysia Merdeka berjaya menakluki puncak Gunung Everest yang
merupakan puncak gunung yang tertinggi di dunia dengan ketinggian
29,000 kaki di atas paras laut.
Anak Malaysia Merdeka ini adalah di antara
20 orang pasukan Ekspedisi Gunung Everest Malaysia pada bulan Mei tahun 1997
Projek Everest telah diilhamkan oleh Anak Malaysia Merdeka Perdana Menteri ketika itu, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Walaupun Malaysia bukan negara yang pertama
menakluki Gunung Everest, namun kejayaan ini tetap merupakan satu
pencapaian yang sangat membanggakan bagi negara. Ekspedisi ini mendapat
liputan harian selama hampir 55 hari oleh RTM.
P. Ramlee
Hasil perkongsian hidup Teuku Nyak Putih Teuku Karim dengan Che Mah Hussein
sejak tahun 1925, P.Ramlee Anak Malaysia Merdeka telah dilahirkan pada 22 Mac 1929
Anak Malaysia Merdeka ini pernah
menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih
sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya
Dalam pertandingan itu, Anak Malaysia Merdeka ini menggunakan
huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke
akhir hayatnya.
isteri pertama ialah Junaidah Daeng Haris
isteri kedua Norizan
isteri ketiga Salmah Ismail atau pun Saloma
Anak Malaysia Merdeka ini meninggal ketika berusia 44 tahun pada pagi Selasa 29 Mei
1973 kerana diserang sakit jantung. Jenazahnya telah disembahyangkan di Masjid Kampung Baru
dan dikebumikan di Tanah Perkuburan orang-orang Islam di Jalan Ampang
Misbun Sidek
Nama sebenar Anak Malaysia Merdeka ini ialah Mohamed Misbun Bin
Sidek dilahirkan pada 17 Februari 1960 di Banting, Selangor.
Anak Malaysia Merdeka ini merupakan pemain badminton pertama di negara ini yang
mencapai taraf antarabangsa ketika berusia 24 tahun.
Antara Pencapaian Anak Malaysia Merdeka ini:-
2002 Memenangi 3 pingat emas dalam
acara perseorangan lelaki berpasukan dan bergu campuran bawah kategori
35 tahun ke atas di World Masters Games, Melbourne, Australia,
Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia
Menerima penghargaan khas daripada Persatuan Badminton Melayu Malaysia,
Menerima Penghargaan khas daripada Majlis Sukan Negeri Selangor,
Menerima Anugerah Jurulatih Kebangsaan daripada Majlis Sukan Negara
2004 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia Tenaga jurulatih ke Sukan Olimpik, Athen
2005 Tenaga Jurulatih Ke Kejohanan Dunia, California USA
K.Kien Kiat & T.Boon Heong
2004 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia Tenaga jurulatih ke Sukan Olimpik, Athen
2005 Tenaga Jurulatih Ke Kejohanan Dunia, California USA
Pasangan beregu Malaysia Anak Malaysia Merdeka ini iaitu Koo Kien Kiat
dan Tan Boon Heong telah mencatat sejarah memenangi Kejohanan Badminton
All-England 2007 bagi perlawanan beregu lelaki.
Malaysia telah menanti
25 tahun untuk kemenangan berprestij ini.
Kali terakhir adalah pada
tahun 1982 apabila regu Anak Malaysia Merdeka iaitu adik beradik Razif dan Jailani Sidek yang
menjadi juara bagi acara yang sama.
Anak Malaysia Merdeka ini telah
menewaskan juara dunia dari China iaitu Cai Yun dan Fu Haifeng secara
straight set 21-15, 21-18 di National Indoor Arena Birmingham.
Antara Pencapaian mereka :-
Tahun
2006 Kejohanan Terbuka Jepun pencapaian Naib Juara
Kejohanan Sukan Asia pencapaian Emas
2007 Kejohanan Terbuka Malaysia Super Series pencapaian Juara
Kejohanan Terbuka Korea Super Series pencapaian Naib Juara
Kejohanan All England Super Series pencapaian Juara
Kejohanan Terbuka Super Series Wilson Badminton Swiss pencapaian Juara
Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Mazlan dilahirkan pada 11 Disember 1951 di Seremban, Negeri Sembilan
Anak Malaysia Merdeka ini menerima Pendidikan awal Kolej Tunku Kurshiah sehingga tamat
pada tahun 1963 dan melanjutkan pelajaran ke University
of Otago, New Zealand dalam bidang astrofizik.
Anak Malaysia Merdeka ini mula berkhidmat
di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai tutor pada tahun 1975
dan dinaikkan pangkat sebagai pensyarah selepas menerima Ijazah
Kedoktoran dalam bidang astrofizik daripada University of Otaga pada
tahun 1981.
Merupakan Anak Malaysia Merdeka wanita pertama yang membuat pengkhususan
dalam bidang astrofizik.
Pada tahun 1990, Anak Malaysia Merdeka ini ditugaskan oleh
Jabatan Perdana Menteri bagi mengetuai Bahagian Planetarium.
Tugas utama di Bahagian Kajian Sains Angkasa ialah mengembangkan isu-isu
strategi angkasa negara. Seterusnya bertugas sebagai Ketua
Pengarah di bahagian Kajian Sains Angkasa, Kementerian Sains, Teknologi
dan Alam Sekitar dari tahun 1992 hingga 1999.
Anak Malaysia Merdeka ini telah dilantik
sebagai Profesor Astrofizik oleh UKM pada tahun 1994.
Di peringakat
antarabangsa, Anak Malaysia Merdeka ini dilantik menjadi Pengarah Hal Ehwal Angkasa
Lepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Vienna, Austria dari
Oktober 1999 hingga Jun 2002 Merupakan wanita kedua di dunia yang
dilantik ke jawatan tersebut.
Semasa Anak Malaysia Merdeka ini berkhidmat sebagai Ketua Pengarah di Bahagian Kajian Sains
Angkasa di Jabatan Perdana Menteri telah dipertanggungjawab menerajui
Mikrosatelit Negara iaitu satelit Tiung-SAT 1 dan RazakSAT.
Raihan
Anak Malaysia Merdeka ini merupakan sebuah kumpulan nasyid tempatan yang ditubuhkan pada
Oktober 1996.
Raihan dari istilah Arab membawa maksud wangian dari
syurga
Anak Malaysia Merdeka ini merupakan perintis kepada irama nasyid
dan selepas kewujudannya banyak kumpulan nasyid yang muncul bagaikan
cendawan tumbuh.Anak Malaysia Merdeka ini berjaya meraih anugerah
nasyid antarabangsa yang julung kalinya diadakan di Binayas Ballroom,
Hotel Grand Hyatt, Dubai pada 26 Oktober 2006
Anugerah tersebut diberi nama Almahabba
Awards Art of Love melibatkan beberapa kumpulan nasyid terpilih dari
seluruh dunia termasuk dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Eropah dan
Afrika Selatan.
Yang membanggakan, Anak Malaysia Merdeka ini merupakan satu-satunya
kumpulan nasyid dari Benua Asia yang berjaya mendapat anugerah tersebut.
Nur Amalina Che Bakri
Anak Malaysia Merdeka ini merupakan anak
tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che
Bakri seorang jurutera DBKL.
Anak Malaysia Merdeka ini mendapat keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1.
Anak Malaysia Merdeka ini berjaya
mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Sejarah, matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas,
Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur
Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam
dan Matematik Tambahan.
Pengajian Anak Malaysia Merdeka ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.
okes habis cita pasal Anak Malaysia Merdeka yang tersohor Aku Anak Malaysia Merdeka mengimbas kembali detik-detik sejarah hitam yang pernah tercetus di atas muka bumi yang indah ini yang dinamakan Malaysia.
Peristiwa 13 Mei 1969
Tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta
ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, membangkitkan
soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.
Pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC)
telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya
membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti
pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah
kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya
telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut
sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah
terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat
diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu
perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak
menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada
kejadian tersebut.. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.
Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan
sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur.
Aku Anak Malaysia Merdeka ingin berbicara inikah yang kalian mahukan untuk tanah tumpah darah kita. Mahukah kalian merasa azab dan seksanya hidup menderita di tanah air sendiri setelah kita Anak Malaysia Merdeka hidup aman dan damai dalam Gagasan1Malaysia?
Mungkin kalian semua tidak penah menyertai Kursus Biro Tatanegara, seandainya kalian semua menghadirinya Aku Anak Malaysia Merdeka pasti semangat cintakakan malaysia akan berkobar-kobar dan berjanji akan mempertahankan tanah air tercinta ini sehingga ke titisan darah yang terakhir demi agama, bangsa dan negara.
Aku Anak Malaysia Merdeka tag :-
Sumber di olah daripada sejarahmalaysia.pnm.my dan wikipedia.org
Hidup = 3 Hari + 2 Nafas
Assalamualaikum
"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.
Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua
Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
Adalah pemberian Allah secara percuma Dan
Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila
Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.
Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya
Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai
Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
Tetapi tidak mempunyai boarding pass.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata
Setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya
Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali
Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .
Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
Kita redha Dan Allah meredhai.
Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
.. . Di dunia jua di akhirat kelak serta
Di dalam rahmat Allah s.w.t.
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.
Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua
Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
Adalah pemberian Allah secara percuma Dan
Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila
Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.
Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya
Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai
Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
Tetapi tidak mempunyai boarding pass.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata
Setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya
Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali
Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .
Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
Kita redha Dan Allah meredhai.
Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
.. . Di dunia jua di akhirat kelak serta
Di dalam rahmat Allah s.w.t.
Labels:
agama,
pengajaran
Subscribe to:
Posts (Atom)