Tuesday, 5 July 2011

Tips : 17 tips pengurusan masa utk ibu yg sibuk


Assalamualaikum....

utk para2 ibu... bakal2 ibu...jom kita baca nie beramai2 okes... supaya kita ada byk masa utk anak2 n family :)

Justeru, yang penting adalah bagaimana anda menguruskan kesibukan itu sehingga anda tampil 'tidak sibuk' dan 'teratur'. Pengurusan masa adalah perkara crucial dalam hidup setiap individu. Pengurusan masa yang cemerlang hanyalah pada individu yang cemerlang. Kurangkan merungut, lebihkan tindakan. Tidak ada siapa mampu melakukan semua kerja untuk anda seperti yang anda mahukan.

Jom baca sedikit tips daripada Mommy Lyna
  1. Buat jadual peribadi.
  2. Jauhkan diri dari memberi dan mencari alasan.
  3. Cut masa untuk bersenang-senang terlampau lama.
  4. Jadikan setiap masa adalah masa untuk berfikir.
  5. Sentiasa rasa ‘kalau tak buat sekarang nanti tak buat-buat dah’.
  6. Adakan masa untuk Tuhan, Tuhan akan ‘adakan’ masa untuk kita.
  7. Kurangkan masa untuk berbual-bual dan memikirkan perkara yang tidak berfaedah.
  8. Kurangkan masa untuk mengeluh, berharap kepada orang, membebel, merungut dan lain-lain perbuatan yang tidak mendatangkan apa-apa kecuali kecewa, letih dan penat.
  9. Sentiasa berusaha untuk challenge diri sendiri.
  10. Anggap setiap halangan yang datang adalah masa untuk berehat, misalnya waktu-waktu anak meragam, komputer rosak, telefon rosak dan sebagainya.
  11. Dapatkan rehat yang optimum, bukan rehat yang melampau.
  12. Bawa sekurang-kurangnya sebuah buku ke mana-mana agar masa yang terluang dapat diisi dengan membaca buku.
  13. Galakkan perbincangan yang berfaedah dengan orang terdekat, terutama pasangan.
  14. Tahu limitation yang kita ada. Kemudian, push to that limit.
  15. Jangan jadikan orang yang tak berjaya sebagai ‘demotivator’ untuk kita, sebaliknya lihat pada mereka yang sibuk dan berjaya mengurus masa mereka, then belajar dari mereka.
  16. Sentiasa berdoa agar diberi masa dan peluang untuk membuat kebaikan dan kebajikan.
  17. Katakan tiada masa pada perkara-perkara remeh-temeh



2 comments:

Sila tinggalkan kesan kasut selipar anda d sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...