Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo
sekadar menanjangkan dan untuk renungan kita bersama
Kisah
ini adalah kisah benar sebuah keluarga yang sangat miskin, yang mempunyai
seorang anak laki-laki di sebuah negara. Ayahnya sudah meninggal dunia, hanya
tinggal ibunya yang sudah tua dan anak lelakinya sahaja tempat menumpah kasih
sayang.
Ibunya bersusah payah membesarkan seorang anaknya,
pada masa itu kampung tersebut belum memiliki elektrik. Semasa membaca buku,
anaknya tersebut hanya diterangi sinar lampu minyak tanah, sedangkan ibunya
dengan penuh kasih sayang menunggu anaknya sambil menjahitkan baju untuk sang
anak.
Semasa memasuki musim luruh, adalah
waktu bagi anaknya untuk memasuki sekolah menengah atas. Tetapi pada masa
itulah ibunya menderita penyakit radang sendi-sendi atau Rheumatoid Arthritis (
RA ) yang parah sehingga tidak boleh lagi bekerja di sawah.
Di sekolah itu, setiap bulannya
waris murid-murid diwajibkan membawa 30 kg beras untuk di bawa ke kantin
sekolah. Anak ini mengerti bahawa ibunya tidak mungkin boleh memberikan tiga
puluh kg beras tersebut.
Berkatalah ia kepada ibunya: "
Bu, saya mahu berhenti sekolah sahaja dan membantu ibu bekerja di sawah".
Ibunya mengusap kepala anaknya dan
berkata : "Niat kamu sungguh mulia nak, kamu memiliki niat seperti itu
saja ibu sudah senang, tetapi kamu harus pergi bersekolah. Jangan khuatirkan
ibu ya nak. Cepatlah pergi daftarkan ke sekolah nanti berasnya biar ibu yang
akan mengantarkannya kesana".
Namun, anaknya tetap berkeras tidak mahu mendaftar ke sekolah, ibunya mula marah dan menampar anak tersebut. Dan ini adalah pertama kalinya anak ini dipukul oleh ibunya.
Dengan berat hati, akhirnya anaknya
pergi juga kesekolah. Ibunya terus berfikir dan merenung dalam hati sambil
melihat bayangan anaknya yang pergi menjauh.
Tidak berapa lama kemudian, dengan
lemah longlai dan nafas tercungap-cungap ibunya datang ke kantin sekolah dan
menurunkan sekampit beras dari bahunya, pengawas yang bertanggung jawab
menimbang beras dan membuka kampit beras lalu mengambil segenggam beras
tersebut dan menimbangnya.
Tiba tiba dia berkata :
" Hai waris murid, kami tidak
menerima beras yang isinya campuran beras dan antah. Jangan menganggap kantin
saya ini tempat mengumpul beras campuran". Begitu malunya ibu ini, hingga
tak henti hentinya berkali-kali meminta maaf kepada ketua pengawas tadi.
Awal bulan berikutnya ibu ini
memikul sekampit beras dan masuk kedalam kantin. seperti biasanya beras
tersebut diteliti oleh pengawas. Dengan dahi yang mengerut, ketua pengawas
berkata: "Masih dengan beras yang sama". Selepas ini kalau begini
lagi, maka saya tidak boleh menerimanya".
Ibu ini sedikit takut dan berkata :
"Tuan pengawas, beras di rumah kami semuanya seperti ini jadi bagaimana?
Pengawas itu pun tidak mahu tahu dan
berkata : "Berapa luas sawah yang ibu kerjakan, sehingga berasnya boleh
bercampur seperti ini". Mendengar sindiran pertanyaan seperti itu ibu
tersebut akhirnya tidak berani berkata apa-apa lagi.
Awal bulan ketiga, ibu ini datang
kembali ke sekolah. Ketua pengawas kembali marah besar dengan kata-kata kasar
dan berkata: "Kamu sebagai waris murid kenapa begitu keras kepala, kenapa
masih tetap membawa beras yang sama. Bawa pulang saja berasmu itu !"
Dengan berlinang air mata ibu ini
pun berlutut di depan pengawas tersebut dan berkata: "Maafkan saya tuan,
sebenarnya beras ini saya dapat dari mengemis".
Mendengar kata ibu ini, pengawas itu
terkejut dan tidak boleh berkata apa-apa lagi. Dilihatnya ibu tua tadi duduk di
atas lantai, menggulung seluarnya dan memperlihatkan kakinya yang sudah
mengeras dan membengkak.
Ibu tersebut mengesat air mata dan
berkata: "Saya menderita sakit radang sendi-sendi , malah untuk berjalan
pun susah, apalagi untuk bercucuk tanam. Anakku sangat mengerti keadaanku
sehingga mahu berhenti sekolah untuk membantuku bekerja disawah. Tapi saya
melarang dan menyuruhnya terus bersekolah."
Selama ini saya tidak pernah memberi
tahu sanak saudara yang ada di kampung . Lebih-lebih untuk memberitahu pada
anakku, aku takut menjatuhkan harga dirinya.
Setiap hari pagi-pagi buta dengan
kampit kosong dan bantuan tongkat, aku pergi ke pasar, tempat orang menjual
beras, hanya untuk mengemis beras beras yang tercecer di pelantar.
Dengan susah
payah aku pergi kedai demi kedai hanya untuk mencari beras tercicir.
Sehingga hari sudah gelap, aku pun
perlahan-lahan kembali ke kampung sendiri. Sehingga pada awal bulan semua beras
yang terkumpul memenuhi syarat untuk diserahkan kesekolah.
Pada masa ibu tua itu bercerita,
secara tidak sedar air mata Pengawas itupun mulai mengalir, kemudian mengangkat
ibu tersebut dari lantai dan berkata: "Bu sekarang saya akan melapor
kepada pihak sekolah, supaya boleh diberikan sumbangan untuk keluarga
ibu."
Ibu tadi buru- buru menolak dan
berkata: "Jangan, kalau anakku tahu ibunya pergi mengemis untuk sekolah
anaknya, maka itu akan menjatuhkan harga dirinya. Dan itu akan mengganggu
pelajarannya. Saya sangat terharu dengan kebaikan hati tuan pengawas, tetapi
tolong ibu agar boleh menjaga rahsia ini."
Akhirnya masalah ini diketahui juga
oleh pihak sekolah. Secara diam- diam Pengetua sekolah tidak meminta biaya
sekolah dan biaya hidup anak tersebut selama tiga tahun. Setelah tiga tahun
kemudian, anak tersebut lulus masuk ke perguruan tinggi Qing hua dengan nilai
627 point.
Di hari anugerah sekolah, Pengetua
sekolah sengaja mengundang ibu anak ini duduk di tempat duduk utama. Ibu ini
merasa aneh, begitu banyak murid yang mendapat nilai tinggi, tetapi mengapa
hanya beliau yang diundang.
Yang lebih aneh lagi di sana masih
terdapat tiga kampit beras. Pengawas sekolah tersebut akhirnya maju ke depan
dan menceritakan sebuah kisah tentang seorang ibu yang mengemis beras demi
sekolah anaknya.
Pengetua sekolah pun menunjukkan
tiga kantong beras itu dengan penuh terharu dan berkata kepada para hadirin
seraya menunjuk pada ibu tadi : "Inilah
sang ibu dalam cerita tadi."
Dan mempersilakan ibu yang luar
biasa tersebut untuk naik ke atas pentas. Anak ibu tersebut dengan ragu-ragu
melihat ke arah gurunya yang sedang menuntun ibunya berjalan ke atas pentas.
Ibu dan nak ini pun saling
bertatapan. Pandangan ibu yang tajam dan lembut kepada anaknya membuatkan anak
tidak dapat untuk menahan tangisnya, dipeluknya susuk tua dihadapannya itu dan
merangkul erat ibunya sambil terisak sambil berkata: "Begitu mulianya
engkau Ibu, sungguh aku tak boleh untuk membalasnya
Sampai begitu sekali seorang ibu sanggup melakukan sesuatu untuk melihat seorang anak berjaya..
ReplyDeleteBila baca cerita di atas..
Masih wa teringat air mata yang ibu lap semasa wa jadi best student waktu matriculation kat kolej wa..
Bila dah naik degree, lain plak jadinya..
Pentingkah IDENTITI seorang BLOGGER?
pesal bila degree jadi la lak???hahaha tulah kasih seorang ibu :)
ReplyDelete