Sunday, 17 July 2011

Artis dan Hidayah


Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo

Cik Kasut nak kongsi dengan korang cita pasai artis dan hidayah. cita nie Cik Kasut dapat dari paper mega utusan.

Hidayah itu ialah petunjuk yang dikurniakan Allah kepada manusia untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Allah berfirman maksudnya :
Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-olah naik kelangit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.(al-An'am:125)

Sham Kamikaze atau nama sebenarnya Shamril Mohd. Salleh diberi hidayah apabila Imam Sudais atau imam Abdul Rahman Al-Sudais, Imam Besar Masjidil Haram menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Ketika itu Imam Sudais dalam kunjungan ke sebuah masjid di Kangar, Perlis.

Pertemuan yang tidak dirancang itu menimbulkan teka-teki kepada diri sham. Lantas mempersoalkan adakah dia sedang bermimpi atau sebaliknya? Seterusnya terpacul keinginan untuk mengenali insan hebat yang baru dikenalinya itu.

"Kalau hendak tahu itulah imam besar Mekah atau lebih dikenali Imam Sudais," jawab teman yang ketika itu ada besama sham.

Biarpun singkat pertemuan itu, namun ia membawa seribu pengertian bagi diri  sham. Apa tidaknya, bukan sebarangan orang dapat bersalam dengan Imam Sudais. Tambahan pula dia dikira orang yang paling bertuah pada hari itu kerana 'rezekinya' dapat menyambut tangan Imam Sudais itu.

Bertitik tolak dari peristiwa itu, telah  berlaku satu trasformasi daripada seseorang yang bergelar artis popular kepada seorang daei atau pendakwah yang menjalankan kerja-kerja dakwah di serata masjid dan surau seluruh pelosok tanah air.

Pada malam program Israk Mikraj anjuran Surau Al-Mutmainnah, Pandan Perdana, KL, lebih 500 jemaah yang hadir turut mendengar pengakuan ikhlas pelakon dan pengacara, Catriona Noorhayati Ross Bahrain Ross atau lebih mesra dengan panggilan Cat.

Certa Cat, semuanya bermula apabila dia menemankan sahabat karibnya ke sebuah butik di KLCC kira-kira setahun yang lalu. Sewaktu sedang seronok mencuba satu tudung dan melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik dan tanpa saya sedari air matanya berlinangan.

"Sebak, syahdu, hiba, semuanya ercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah daripada Allah SWT.

"Semanjak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung insya-Allah saya akan kekal begini hingga ke ke akhir hayat dengan niat ikhlas tanpa paksaan suami mahupun keluarga," kata Cat, baru-baru ini.

Mendengarkan pengakuan telus dua selebriti itu cukup mengagumkan.

Hanya dengan bersalam dan sekadar suka-suka mencuba telah menjadi sentuhan ajaib daripada Allah kepada dua insan beruntung dan terpilih ini.

Jesteru, moderator program malam itu, Farhan Suhut, menyeru kepada semua jemaah mengambil ikhtibar daripada pengalaman dua artis ternama tersebut.

Ini kerana masyarakat Islam moden hari ini terlepas pandang terhadap anak-anak remaja sehingga ada kalangan mereka terjebak dengan gejala tidak sihat seperti zina, minum arak dan lain-lain lagi.

Dalam konteks peristiwa Israk dan Mikraj masyarakat Islam saban tahun cuba dibawa mengimbau kembali peristiwa paling bersejarah itu.

Sayangnya, masih ada hati umat Islam yang tidak tersentuh dengan kejadian-kejadian serta perintah-perintah Allah SWT yangterkandung di dalamnya.

Dalam majlis itu juga, Pengerusi Surau Mautmainnah, Mohd Sunari Yusof banggan dan berpuas hati dengan kehadiran para jemaah, lebih-lebih lagi golongan remaja.

"Kini sudah sampai masanya, kita membuat perubahan strategik dakwah yang lebih berkesan dan menarik melalui kehadiran artis-artis ke surau dan masjid," katanya.

Sebelum majlis berakhir, sham sempat menghiburkan semua yang hadir dengan memperdengarkan petikan gitarnya bergandingan dengan Zulkifli Mohamad dengan dendangan 2 buah lagu.


P/S : Semoga kita juga akan tegolong insan-insan yang terpilih dan bertuah itu... renung-renungkan... :)



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan kesan kasut selipar anda d sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...