Friday, 15 July 2011

Anak



Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo

 Nak cita pasai anak xde anak ler plakkan ...takat anak tekak ker anak sedara 2 ada lahkan.

Anak yg ku sayangi....


Pada satu saat dikala kamu menyedari bahawa aku telah menjadi sangat tu, cubalah berlaku sabar dan cubalah mengerti aku.

Jika banyak makanan yang tercicir dikala aku makan....
Jika aku mendapat kesulitan dalam mengenakan pakaianku sendiri......sabarlah

Kenanglah saat-saat dimana aku meluangkan waktuku untuk mengajarmu tentang segala hal yang perlu tahu, ketika kau masih kecil.

Jika aku mengulang menyatakan hal yang sama berpuluh kali, jangan menghentikanku! Dengarkanlah daku!
Kerana ketika kecil, kau selalu memintaku membacakanmu cerita yang sama berulang-ulang, dari satu malam ke malam yang lain hingga kau tertidur. Dan aku lakukan ini untukmu!

Jika aku enggan mandi, jangan memarahi aku dan jangan katakan padaku bahawa itu memalukan.....
Ingatlah berapa banyak pengertian yang ku berikan padamu menyuruhmu mandi dikala kecilmu...

By seeing my ignorance towards new technologies, do not laugh of me but leave me rather time to understand...

Aku mengajarmu banyak hal......cara makan yang baik......cara berpakaian yang baik......berperilaku yang baik....bagaimana menghadapi masalah dalam kehidupan.

Jika terkadang aku menjadi pelupa dan aku tidak mengerti dan mengikuti pembicaraan, beri aku waktu untuk mengertikannya  dan jika aku gagal melakukannya janganlah memarahiku, kerana yang penting bagiku adalah......... aku dapat bersamamu dan dapat berbicara padamu....

Jika aku tidak mahu makan, jangan paksa aku! aku tahu bila mana aku lapar dan bila mana aku tidak lapar.

Ketika kakiku tidak lagi mampu menanggung tubuhku untuk bergerak seperti sebelumnya.
Bantulah aku dengan cara yang sama ketika aku merengkuhmu dalam tanganku, mengajarmu melakukan langkah-langkah pertama.

Dan kala suatu saat ini, ketika aku katakan padamu bahawa aku tidak ingin hidup.... ketika aku ingin mati....jangan marah ..... kerana pada saatnya nanti kau juga akan mengerti!

Cubalah untuk mengerti bahawa pada usia tertentu, kita tidak benar-benar "hidup" lagi, kita hanya 
"tidak mati"

Satu hari kelak kau akan mengerti bahawa di samping kesemua kesalahan yang kau lakukan, aku selalu ingin apa yang terbaik bagimu dan bahawa aku siapkan dasar bagi perkembangan dan kehidupanmu kelak.

Kau tak usah merasa sedih, tidak beruntung atau gagal di hadapanku melihat kondisi dan usiaku yang sudah bertambah tua.

Kau harus ada dekat dengan ku, cuba mengerti bahawa kehidupanku adalah bagimu, bagi kejayaanmu, seperti apa yang aku lakukan pada saat kau lahir. 

Bantulah aku untuk berjalan, bantulah aku pada akhir hidupku dengan cinta dan kesabaran.

Satu hal yang membuatku harus berterima kasih padamu adalah senyum dan kecintaanmu padaku.... :)

 

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan kesan kasut selipar anda d sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...