Assalamualaikum....
Mungkin ramai yg penah baca nie kan...tp Cik Kasut nk kongsi pd sesapa yg x penah baca :)
"Kenapa orang Islam
sembah bangunan kain hitam tu?"
"Oh.. itu Kaabah
atau nama lainnya Baitullah"
"Baitullah tu
apa?".
"Secara terjemahan mudah
maknanya Rumah Allah"
"Allah ada dalam
tu?"
"Tak.."
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada
dalam tu?"
"Yang saya sembah
bukannya bangunan tu.."
"Kamu sembah
apa?"
"Saya sembah Allah swt"
"Jadi, kenapa
sembah bangunan tu?"
"Saya menghadap sahaja
ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
"Bukankah kamu
sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
"Kamu pernah tgk
perlawanan bola dalam TV?"
"Pernah..
selalu..."
"Kamu tengok tv ke
tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan
bola la.."
"Di mana?"
"Dalam tv
la.."
"Cuba buka tv tu, tengok
di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
"Memanglah tak
ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
"Bukalah dalam tv,
tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"
"Maknanya kamu
tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok
perlawanan bola la melaui tv tu.."
"Peliknya.."
"Sebab apa pulak
pelik?"
"Ye la, kau cakap
tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg
ada hanya wayar je berselirat.."
"Memanglah dalam
tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola
dalamnya.."
"Hurm.. jadi tak
peliklah ni..?"
"Ya.. tak
pelik.."
"Jadi tak pelik
jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam
Kaabah tak ada Allah..."
"Erk.. kau
betul.."
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan kesan kasut selipar anda d sini