Saturday 21 May 2011

Ya Allah Makbulkanlah doaku ini...

Assalamualaikum......

Ya Allah Engkau mengetahui aku lebih daripada aku mengenali diriku sendiri. Engkau mengetahui segala dosaku dan segala perbuatan baikku. Malah Engkau mengetahui sepanjang hidup aku ini, aku mencari kebenaran dengan belajar dan membaca Al-Quran. Sesungguhnya aku takut tetapi aku terpaksa membuat keputusan. Aku mengakui akan kewujudanMu Allah dan aku cuba mengagungkanMu mengikut pemahamanku. Sekiranya aku melakukan kesalahan, maka Kau ampunkanlah aku. Jika aku salah mengenai Islam, jangan Kau campakkan aku ke dalam api nerakaMu. Sesungguhnya aku mempercayai tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu persuruh Allah. Aku ingin tidak mahu masuk neraka dan aku mahu masuk syurgaMu. Ya Allah semoga Engkau memahami situasi ku ini. AMIN....

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan kesan kasut selipar anda d sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...