Monday 2 May 2011

Bahaya Radiasi Terhadap Kesihatan Manusia

Assalamualikum......

baru x baru sangat nie kita digemparkan oleh tsunami yg melanda jepun dan jugak radiasi yg melanda jepun yg mejadi ketakutan pada kita semua....kt sni Cik Kasut nak cita sikit pasai kesan bahayanyer radiasi dekat kita semua.....orait murid2 sila baca okes.......panjang bebenor artikel nie tau......


(gambar gr google images)

Kebocoran radiasi drpd loji nuklear Fukushimi Dai-ichi telah menimbulkan keprihatinan dunia mengenai kesannya ke atas kesihatan manusia.
Buat masa ini, sekitar 70,000 penduduk yang menetap dalam lingkungan 20 kilometer zon bencana telah diarahkan berpindah.
Pakar berpendapat tindakan pantas ini akan mengurangkan risiko pencemaran ke atas kesihatan manusia.
Kebimbangan turut tertumpu kepada kesan radiasi ke atas para pekerja loji yang terpaksa bertugas untuk menangani masalah kebocoran nuklear di prasarana itu.
Bekalan makanan dan air dari wilayah itu juga dikhuatiri akan tercemar.



Penjelasan berikut akan memberi gambaran lebih jelas mengenai risiko kebocoran radiasi di loji Fukushima itu.


Apa kesan segera ke atas kesihatan jika seseorang terdedah kepada radiasi?

Pendedahan sederhana kepada radiasi boleh menyebabkan seseorang itu menunjukkan beberapa sintom seperti rasa mual dan muntah-muntah selang beberapa jam.
Ini diikuti dengan cirit-birit, sakit kepala dan demam. Jika berlaku pendedahan kepada kadar yang tinggi, organ dalaman seseorang itu boleh rosak. Ia juga boleh membawa kepada kematian.
Pendedahan kepada radiasi juga boleh menyebabkan sakit barah. Pendedahan kepada radiasi dinilai dengan ukuran 'millisievert'.

Pendedahan kepada 1 millisievert radiasi boleh meningkatkan risiko barah sebanyak 5 peratus.
Leukemia
merupakan barah paling sering dikaitkan dengan pendedahan kepada radiasi.
Barah itu boleh dikesan beberapa tahun selepas pendedahan kepada radiasi.
Barah lain yang mungkin boleh berlaku, tetapi hanya akan dikesan selepas sekurang-kurangnya sedekad ialah barah paru-paru, kulit, tiroid, buah dada dan perut.

Adakah kanak-kanak lebih terdedah kepada pencemaran radiasi?

Ya. Menyusuli pencemaran radiasi di reaktor nuklear Chernobyl di Ukraine pada 1986, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan peningkatan kes barah tiroid di kalangan kanak-kanak di kawasan itu.

Apa risiko yang dibentangkan oleh loji nuklear Fukushima?

Pihak berkuasa Jepun mencatatkan kadar radiasi sehingga 400 millisievert sejam di loji nuklear.
Seorang pakar di Universiti Manchester, Professor Richard Wakeford, berkata pendedahan radiasi pada kadar 400 millisievert tidak akan menyebabkan sebarang penyakit segera.
Untuk jatuh sakit, kadar radiasi perlu meningkat dua kali ganda.
Bagaimanapun, kadar sekarang boleh mengurangkan penghasilan sel darah merah dalam sum sum tulang. Ia mampu meningkatkan risiko barah antara 2 dengan 4 peratus.
Kadar radiasi pada 400 millisievert sama dengan kadar yang dikeluarkan jika seseorang itu menjalani antara 50 dengan 100 imbasan CT.
Profesor Wakeford menegaskan hanya pekerja yang berada di loji nuklear sekarang yang terdedah kepada risiko pencemaran serupa itu.

Apa bahan radioaktif yang dilepaskan di sekitaran?

Para pakar prihatin dengan dua bahan radioaktif yang mudah mencemarkan tanah dan rangkaian makanan.
Iodin beradioaktif - iodin 131 - mudah diserap oleh tiroid iaitu kelenjar yang mengawal penghasilan sel. Ini boleh meningkatkan risiko barah tiroid.
Bagi mengatasi risiko ini, kanak-kanak terutamanya - boleh diberikan pil mengandungi iodin stabil, yang boleh menghalang iodin beradioaktif diserap oleh tubuh.
Iodin beradioaktif boleh lupus dengan cepat dan akan hilang daripada sekitaran dalam tempoh beberapa minggu atau bulan.
Para penduduk Jepun dilaporkan sudah pun mengambil banyak makanan yang mengandungi iodin dan ini akan dapat membantu.
Satu lagi bahan radioaktif ialah caesium 137. Jika ia dibebaskan ke sekitaran, risiko akan kekal selama beberapa tahun. Caesium 137 mudah meresap ke tisu, otot dan tulang. Ini akan menyebabkan barah.

Ada bukti makanan telah tercemar?

Kementerian Kesihatan Jepun telah menggesa para penduduk yang tinggal berdekatan dengan loji agar berhenti minum air paip, selepas sampel yang diambil menunjukkan kadar iodin beradioaktif tiga kali lebih tinggi daripada normal.
Iodin beradioaktif juga dijumpai dalam bekalan air di Tokyo.
Kadarnya dua kali lebih tinggi daripada yang dianggap selamat untuk bayi dan kanak-kanak kecil.
Kadar radiasi yang lebih tinggi juga dikesan pada sampel susu dan bayam.
Bagaimanapun, kadar radiasi ini tidak membentangkan ancaman kepada kesihatan orang awam.Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Encik Yukio Edano, berkata kadar radiasi yang dikesan dalam bayam, yang jika dimakan setiap hari selama setahun, sama dengan radiasi yang dikeluarkan dalam satu imbasan CT.

Bagaimana pula dengan pencemaran laut?

Kadar iodin beradioaktif 131, yang di kesan di air laut berhampiran loji nuklear telah mencapai 3,355 kali lebih tinggi daripada kadar selamat.
Pegawai Jepun mengaku kadar itu membimbangkan tetapi berkata ia tidak membentangkan ancaman segera ke atas kesihatan orang awam.
Bagaimanapun, adalah lebih baik jika ikan-ikan berdekatan kawasan itu tidak dimakan.
Iodin beradioaktif itu bagaimanpun dapat dilupuskan oleh arus laut dalam tempoh tiga bulan.

Adakah bencana di loji Fukushima serupa dengan bencana di Chernobyl?

Profesor Gerry Thomas, yang mengkaji bencana Chernobyl, berkata:
'Bencana ini tidak mungkin serupa dengan Chernobyl. Di Chernobyl, berlaku letupan wap, yang telah menyebabkan teras reaktor terdedah. Ini bermakna banyak radiasi yang dilepaskan di atmosfera.'
Walaupun bencana Chernobyl telah menyebabkan meningkatnya kes barah tiroid, hanya mereka yang tinggal di bandar Ukraine, Belarus dan Russia, yang paling dekat dengan tapak loji tenaga Chernobyl, yang terjejas. Mereka pula berusia muda ketika itu.

Bagaimana jika keadaan semakin buruk di loji Fukushima?

Jika berlaku satu lagi kebakaran di loji itu dan diburukkan lagi dengan tiupan angin kuat, pakar berkata bahan radioaktif mungkin boleh sampai ke Tokyo, yang terletak 241 kilometer daripada tapak loji.
Dalam keadaan itu pun, kadar radiasi adalah rendah dan dapat ditangani dengan langkah mudah, seperti duduk di rumah dengan semua tingkap ditutup.
Walaupun salah satu reaktor Fukushima meletup, bahan radioaktif akan dilepaskan sejauh 500 meter ke udara. Jika ini berlaku, pencemaran akan terhad dalam lingkungan antara 20 kilometer dengan 30 kilometer daripada tapak loji. – Agensi






No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan kesan kasut selipar anda d sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...