Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Tuesday, 12 July 2011

Jerebu

Assalamualaikum dan annyeonghaseyo 

hahahah penangan cita korea siy....ok ari nie kita cita pasai jerebu...aloi...pusing jer sebelah kanan kot tingkap jer tgk pemadangan  aloi sgt tdk cantik.....jln jem 2 dh besa sgt yg x jemnyer blh kira ngan jari kaki jer kot... bila dah jerebu nie...mula pas sorang sorang ler sakit...batuk 2 wajib ler kn...aloi dh ler x suka mkn ubat batuk...x sedap kot. idung pun dah menangis x reti2....sok sek jer...bila mkn ubat jer mata pn mintak utk beradu...

nie ler gambo yg Cik Kasut leh tunjuk dr opis Cik Kasut... camera hp jer pn


trukkn jerebu nie....pas 2 mulalah kita beramai2 sakit tekak n batuk2...hahahaha...


Saturday, 9 July 2011

Cuaca oh Cuaca

Assalamualaikum...

Skrg nie cuaca tak menentu betoi ler...kadang ujan selebatnyer..... kdg panas..yg selalunyer jerebu...kat KL nie xdenyer kabus ke apa ke...masuk opis jer mak aiii ekon peh sejuk ke main g..beku jari kaki tangan....bibir yg merah bak delima merekah pn merekah2 ibarat retak seribu pulak...

bila dah cuaca x menetu mula macam2 sakit singgah. klu singgah kejap 2 xpe..singgah macam xnk balik pn ada. yg paling Cik Kasut x brapa nk suka batuk. batuk nie klu dapat jer susahnyer nak baik. penah dlu Cik Katuk smpi sebulan. penat ler minum ubat. dah ler x suka makan ubat batuk sbb rasa dia sangat ler x sedap. tp sbb nk sihat tepaksa ler walaupn bila mkn ubat batuk jer dah stand by ayo kt sebelah...hahaha...

bila dah batuk mula ler nak makan pn bencinta jugak...x nak makan 2 xnak makan nie tp nk masak bertambah2 ler bercinta..hahaha pa nk jadi ngan ler ngan pompuan pemalas nie...nk mkn pn malas..

korang klu sakit jgn lupa mkn ubat...tp kalau sakit rindu hahaah sori Cik Kasut xtau nak wat ge na :)



Friday, 10 June 2011

potong kuku ikut sunnah nabi

Assalamualaikum....

bersesuaianlah dengan hari jumaat nie .....jom beramai2 kita potong kuku....hehehehe.....








Thursday, 2 June 2011

8 sebab kita pelupa

Assalamualikum...




korang mesti penah lupa.....heheheheh Cik Kasut pn sm jer.....nm pn maknoksia kan..... korang tau x nape kita nie suka lupa???? okes kt sni Cik Kasut nk story mory .....

Penyebab mudah lupa bedasarkn tanda nie:


1. Kadar gula darah tinggi

Penyimpan memori blh teganggu akibat kadar gula dlm darah tinggi. keadaan ini menggangu bhgn otak yg berhubung dgn memori. Jika mempunyai keturunan keluarga yg ada kencing manis kawal kandungan gula.

Lakukan ujian gula dlm darah secara rutin. Jangan lupa menjaga pola makan seimbang serta tetap aktif. Bejln kaki satu alternatif mencegah diabetes.

2. Kurang berehat

Otak perlukn ckp tidur utk simpan memori baru. dlm 1 kajian,  responden yg tidur 6 jam setiap malam selama 2 minggu mungkin tidak merasa kurang tidur. tp setelah bt ujian memori secara tetap mrk sukar igt memori jangka pendek.

Pertajam daya ingatan anda dgn kadar rehat yg cukup. Jika anda blh cuba lakukan tidur pdk selama 6 min semasa tubuh terasa lemah. Cara ini blh tinggatkn ingatan.

3. Berdengkur

Berdengkur x hanya ganggu kualiti tidur tp  blh turunkn daya ingatan. Semasa berdengkur  saluran nafas terhalang hingga menahan oksigen beberapa saat  menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’.

Menurut kajian
 laki lebih berdengkur bebanding wanita. faktor risiko lainnya berat badan belebihan atau berusia lebih dari 40 thn.

Jika anda atau pasangan punya kebiasaan berdengkur
 sebaiknya anda pakai perangkat khusus utk atasi dengkur semasa tidur agar aliran oksigen blh lancar ke otak. daya ingat akan meningkat.

4. Metabolisme menurun

kemungkinan anda memiliki masalah tiroid. Hormon tiroid kawal metabolisme tubuh. Bila terlalu banyak atau terlalu sedikit dpt ganggu sel-sel otak yg dpt perlahankan masuk ke otak. 

5. Usia lebih dari 65 tahun
manusia lebih sukar serap vit. B12 dr mknn. kurang B12 dpt menyebabkan penyakit Alzheimer. dptkn nasihat dr doc utk mengetahui cara meningkatkan kandungan B12 misalnya dengan suplemen.

6. Mengalami depresi

Penderita depresi berat juga mengalami gangguan pada sel-sel otak. ketika depresi kemungkinan ini membunuh sel-sel otak hingga daya ingatan ‘merosot’.


7. Mengunakan ubat alergi atau pil tidur
Ubat utk atasi masalah spt. insomnia, alergi, dan gangguan,  blh  menyebabkan fungsi otak terganggu. sebelum guna ubat ini dptkn nasihat dulu drpd doktar agar daya ingatan x terganggu.


8. Terlalu banyak mengambil ubat

Jika ambil 5 atau lebih ubat, anda berisiko tinggi alami gangguan daya ingatan. Pastikan doktor tahu semua ubat yg anda ambil. Jika sebuah iklan ubat nampak menarik, jgn trus terpikat. Sebaiknya minimakan pengambilan ubat terbuka atau hanya mengambil ubat sesuai dengan nasihat doktor.



* ada jugak org tua2 kata x elok mkn organ dalaman , pala ikan n benda2 yg masam.....tp yg Cik Kasut x leh nk tingai is jeruk n asam cam ne 2????walaupn dah tau x elok utk kesihatan.....korang ada x petua utk ilangkan rasa nk mkn asam nie???? :) 






Friday, 20 May 2011

Don't sit to your wallet

Assalamualaikum........


Your wallet can be real pain for your back and the buttocks, and it can
even lead to shooting pains down the legs. Sitting on a wallet for
prolonged hours every day can compress sciatic nerve which passes beneath
piriformis muscle and leads to piriformis syndrome, low back pain &
self-inflicted sciatica. 
 
The wallet acts as a wedge that forces the pelvis,
spine and body out of alignment. Just as you would not sit on a brief case
or a rock for an extended period of time, you should not sit on your
wallet. Anyone who drives more than a half hour sitting on a wallet, is a
candidate for sciatica or back pain.

The healthiest option is to move the wallet to your front pocket. If it’s
must to keep your wallet in your back pocket, you should remove it before
you sit down.










Tuesday, 3 May 2011

10 things that need to remembered

Assalamualaikum......

Cik Kasut nak share pasal 10 benda yg perlu kita ingat.......

  1. answer the phone by LEFT ear
  2. do not drink coffee TWICE a day
  3. do not take a pills with COOL water
  4. do not have HUGE meals after 5 pm
  5. reduce the amount OILY food you consume
  6. drink more WATER in the morning, less at night
  7. keep your distance from hand phone CHARGERS
  8. do not use earphone/headphones for LONG period of time
  9. best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning
  10. do not lie down immediately after taking medicine before slepping.......

so cam ne leh buat x????????

Monday, 2 May 2011

Bahaya Radiasi Terhadap Kesihatan Manusia

Assalamualikum......

baru x baru sangat nie kita digemparkan oleh tsunami yg melanda jepun dan jugak radiasi yg melanda jepun yg mejadi ketakutan pada kita semua....kt sni Cik Kasut nak cita sikit pasai kesan bahayanyer radiasi dekat kita semua.....orait murid2 sila baca okes.......panjang bebenor artikel nie tau......


(gambar gr google images)

Kebocoran radiasi drpd loji nuklear Fukushimi Dai-ichi telah menimbulkan keprihatinan dunia mengenai kesannya ke atas kesihatan manusia.
Buat masa ini, sekitar 70,000 penduduk yang menetap dalam lingkungan 20 kilometer zon bencana telah diarahkan berpindah.
Pakar berpendapat tindakan pantas ini akan mengurangkan risiko pencemaran ke atas kesihatan manusia.
Kebimbangan turut tertumpu kepada kesan radiasi ke atas para pekerja loji yang terpaksa bertugas untuk menangani masalah kebocoran nuklear di prasarana itu.
Bekalan makanan dan air dari wilayah itu juga dikhuatiri akan tercemar.



Penjelasan berikut akan memberi gambaran lebih jelas mengenai risiko kebocoran radiasi di loji Fukushima itu.


Apa kesan segera ke atas kesihatan jika seseorang terdedah kepada radiasi?

Pendedahan sederhana kepada radiasi boleh menyebabkan seseorang itu menunjukkan beberapa sintom seperti rasa mual dan muntah-muntah selang beberapa jam.
Ini diikuti dengan cirit-birit, sakit kepala dan demam. Jika berlaku pendedahan kepada kadar yang tinggi, organ dalaman seseorang itu boleh rosak. Ia juga boleh membawa kepada kematian.
Pendedahan kepada radiasi juga boleh menyebabkan sakit barah. Pendedahan kepada radiasi dinilai dengan ukuran 'millisievert'.

Pendedahan kepada 1 millisievert radiasi boleh meningkatkan risiko barah sebanyak 5 peratus.
Leukemia
merupakan barah paling sering dikaitkan dengan pendedahan kepada radiasi.
Barah itu boleh dikesan beberapa tahun selepas pendedahan kepada radiasi.
Barah lain yang mungkin boleh berlaku, tetapi hanya akan dikesan selepas sekurang-kurangnya sedekad ialah barah paru-paru, kulit, tiroid, buah dada dan perut.

Adakah kanak-kanak lebih terdedah kepada pencemaran radiasi?

Ya. Menyusuli pencemaran radiasi di reaktor nuklear Chernobyl di Ukraine pada 1986, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan peningkatan kes barah tiroid di kalangan kanak-kanak di kawasan itu.

Apa risiko yang dibentangkan oleh loji nuklear Fukushima?

Pihak berkuasa Jepun mencatatkan kadar radiasi sehingga 400 millisievert sejam di loji nuklear.
Seorang pakar di Universiti Manchester, Professor Richard Wakeford, berkata pendedahan radiasi pada kadar 400 millisievert tidak akan menyebabkan sebarang penyakit segera.
Untuk jatuh sakit, kadar radiasi perlu meningkat dua kali ganda.
Bagaimanapun, kadar sekarang boleh mengurangkan penghasilan sel darah merah dalam sum sum tulang. Ia mampu meningkatkan risiko barah antara 2 dengan 4 peratus.
Kadar radiasi pada 400 millisievert sama dengan kadar yang dikeluarkan jika seseorang itu menjalani antara 50 dengan 100 imbasan CT.
Profesor Wakeford menegaskan hanya pekerja yang berada di loji nuklear sekarang yang terdedah kepada risiko pencemaran serupa itu.

Apa bahan radioaktif yang dilepaskan di sekitaran?

Para pakar prihatin dengan dua bahan radioaktif yang mudah mencemarkan tanah dan rangkaian makanan.
Iodin beradioaktif - iodin 131 - mudah diserap oleh tiroid iaitu kelenjar yang mengawal penghasilan sel. Ini boleh meningkatkan risiko barah tiroid.
Bagi mengatasi risiko ini, kanak-kanak terutamanya - boleh diberikan pil mengandungi iodin stabil, yang boleh menghalang iodin beradioaktif diserap oleh tubuh.
Iodin beradioaktif boleh lupus dengan cepat dan akan hilang daripada sekitaran dalam tempoh beberapa minggu atau bulan.
Para penduduk Jepun dilaporkan sudah pun mengambil banyak makanan yang mengandungi iodin dan ini akan dapat membantu.
Satu lagi bahan radioaktif ialah caesium 137. Jika ia dibebaskan ke sekitaran, risiko akan kekal selama beberapa tahun. Caesium 137 mudah meresap ke tisu, otot dan tulang. Ini akan menyebabkan barah.

Ada bukti makanan telah tercemar?

Kementerian Kesihatan Jepun telah menggesa para penduduk yang tinggal berdekatan dengan loji agar berhenti minum air paip, selepas sampel yang diambil menunjukkan kadar iodin beradioaktif tiga kali lebih tinggi daripada normal.
Iodin beradioaktif juga dijumpai dalam bekalan air di Tokyo.
Kadarnya dua kali lebih tinggi daripada yang dianggap selamat untuk bayi dan kanak-kanak kecil.
Kadar radiasi yang lebih tinggi juga dikesan pada sampel susu dan bayam.
Bagaimanapun, kadar radiasi ini tidak membentangkan ancaman kepada kesihatan orang awam.Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Encik Yukio Edano, berkata kadar radiasi yang dikesan dalam bayam, yang jika dimakan setiap hari selama setahun, sama dengan radiasi yang dikeluarkan dalam satu imbasan CT.

Bagaimana pula dengan pencemaran laut?

Kadar iodin beradioaktif 131, yang di kesan di air laut berhampiran loji nuklear telah mencapai 3,355 kali lebih tinggi daripada kadar selamat.
Pegawai Jepun mengaku kadar itu membimbangkan tetapi berkata ia tidak membentangkan ancaman segera ke atas kesihatan orang awam.
Bagaimanapun, adalah lebih baik jika ikan-ikan berdekatan kawasan itu tidak dimakan.
Iodin beradioaktif itu bagaimanpun dapat dilupuskan oleh arus laut dalam tempoh tiga bulan.

Adakah bencana di loji Fukushima serupa dengan bencana di Chernobyl?

Profesor Gerry Thomas, yang mengkaji bencana Chernobyl, berkata:
'Bencana ini tidak mungkin serupa dengan Chernobyl. Di Chernobyl, berlaku letupan wap, yang telah menyebabkan teras reaktor terdedah. Ini bermakna banyak radiasi yang dilepaskan di atmosfera.'
Walaupun bencana Chernobyl telah menyebabkan meningkatnya kes barah tiroid, hanya mereka yang tinggal di bandar Ukraine, Belarus dan Russia, yang paling dekat dengan tapak loji tenaga Chernobyl, yang terjejas. Mereka pula berusia muda ketika itu.

Bagaimana jika keadaan semakin buruk di loji Fukushima?

Jika berlaku satu lagi kebakaran di loji itu dan diburukkan lagi dengan tiupan angin kuat, pakar berkata bahan radioaktif mungkin boleh sampai ke Tokyo, yang terletak 241 kilometer daripada tapak loji.
Dalam keadaan itu pun, kadar radiasi adalah rendah dan dapat ditangani dengan langkah mudah, seperti duduk di rumah dengan semua tingkap ditutup.
Walaupun salah satu reaktor Fukushima meletup, bahan radioaktif akan dilepaskan sejauh 500 meter ke udara. Jika ini berlaku, pencemaran akan terhad dalam lingkungan antara 20 kilometer dengan 30 kilometer daripada tapak loji. – Agensi






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...