Showing posts with label pengetahuan am. Show all posts
Showing posts with label pengetahuan am. Show all posts

Thursday, 7 June 2012

Kisah Umar Abdul Aziz dan Ana


Assalamualaikum.....

moga kisah ini menjadi tauladan dan pengangan kita semua...InsyaAllah

 
Cuaca yang panas, matahari memancar terang sejak pagi, setelah selesai bermain anak bongsu Khalifah Umar Abdul Aziz merasa lapar dan meminta makanan dari ibunya. Namun ketika itu isteri khalifah Umar, Fatimah belum memasak apa-apa.
 
“Pergilah berjumpa dengan ayahmu di Baitulmal, mungkin dia dapat memberikan kamu sesuatu yang dapat dimakan,” kata Fatimah.
 
Si anak terus berlari riang menemui ayahnya. Ketika itu dia melihat ayahnya Khalifah Umar bersama beberapa orang pegawai sedang menimbang sejumlah buah epal untuk diberikan kepada yang layak.
Tiba tiba si anak masuk dan terus menuju ke arah longgokan epal dan terus mengambil sebiji epal untuk dimakannya. Khalifah Umar melihat tindakan anak kesayangannya dan segera merebut epal itu dari mulut anaknya sehingga anaknya menangis lalu berlari pulang ke rumah.
 
“Wahai Amirul Mukminin, anakmu sedang lapar, kita masih mempunyai simpanan buah epal yang banyak untuk diberikan kepada orang ramai, sekiranya hilang sebiji, tentu tidaklah ia menyebabkan kerugian,” kata Sahal, adik Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang turut berada di situ dan menyaksikan kejadian tersebut.
Sahal, tidak sampai hati melihat anak saudaranya yang sedang lapar itu menangis ketika sebiji epal  yang hendak dimasukkan ke dalam mulut yang direbut oleh ayahnya.
 
Khalifah Umar hanya berdiam diri mendengar kata-kata adiknya ini. Hatinya sendiri ketika itu gelisah. Dia terpaksa memilih antara keredhaan Allah dengan keinginan anak kesayangannya. Dia memilih mengutamakan keredhaan Allah.
 
Setelah selesai kerjanya di Baitulmal, Khalifah Umar Abdul Aziz segera pulang ke rumah. Dia menemui anaknya, dia memeluk dan mencium buah hatinya serta dia juga mencium bau buah epal dari mulut anak bongsunya itu. Khalifah Umar segera memanggil isterinya, Fatimah.
 
“Wahai Fatimah, dari mana kamu dapatkan buah epal untuk anak kita?” tanya Khalifah Umar.
“Anak itu sedang kelaparan tadi, dan dia teringin sekali memakan buah epal, lalu saya belikannya sebiji di pasar, epal itulah yang dimakannya untuk menahan rasa lapar,” jawab Fatimah.
 
Dengan wajah lapang dan sambil menangis Khalifah Umar pun bercerita kejadian tadi berkenaan anaknya sambil berkata,”Wahai isteriku Fatimah, ketika aku merebut buah epal itu dari mulut anak kita, benar-benar aku merasakan seperti merengut jantung aku sendiri. Apakan daya kerana aku sangat takut api neraka yang akan membakar anak kita, jadi aku rebut buah epal itu dari mulutnya”.
 
Begitulah seorang hamba Allah, seorang khalifah , mukmin muttaqin, yang menunjukkan sikap amat berhati-hatinya, yang mengharapkan seluruh keluarga bahkan rakyatnya untuk mencapai syurga Allah. Beliau sangat bimbang sekiranya benda haram menjadi darah daging anak dan keluarganya. Wallahua’lam…

Tuesday, 7 February 2012

Air mata seorang wanita


Itulah kenapa perasaan seorang wanita sangat peka. Allah menciptakannya dengan 9 perasaan dan 1 akal, maka mereka selalu mengutamakan perasaannya ketika ia hadapi sebuah permasalahan.
 
Tak hairanlah ketika perasaannya sedang sebak, air matanya pun mengalir. Bukan kerana dia lemah, tapi dengan air mata itulah ia meluahkan segala rasa yang ada didadanya beban kehidupannya dan permasalahan yang dihadapinya
 
Kenapa Allah menciptakan wanita begitu istimewa? Wanita diberikan sebuah bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia dan isinya, dan dia jadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan, ketika dia harus menopang kepala bayi yang sedang tertidur.
 
Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan.
 
Diciptakannya mereka begitu sabar menghadapi cercaan dari bayi yang dilahirkannya dari rahim
 
Allah memberikan mereka kesabaran untuk selalu memberikan perhatian dan kasih sayang pada keluargannya walaupun dirinya letih, mereka tetap berjuang tanpa kenal lelah dan kadangkala menahan sakit namun mereka tidak pernah berkeluh kesah.
 
Cinta yang diberikan kepada putera puterinya tidak terbatas. Dia hanya tulus memberi dan tidak pernah mengharap kembali.. walau kadangkala dia disakiti dan dicaci maki namun setiap saat dan keadaannya dia begitu beerti tidak pernah sakit hati walau hatinya sering kali dilukai.
 
Wanita sebagai semangat dan kekuatan untuk membimbing suami ketika masa sulit yang dihadapinya bukankah wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki. Bukankah tugas sebuah tulang rusuk adalah untuk melindungi jantung dan hati agar ia selalu selamat dan tak tercedera?
 
Satu kekhususan yang Allah berikan pada wanita, AIR MATA. kerana dengan air mata wanita boleh menumpahkan perasaannya bila mereka memerlukannya. Bukan sebuah kelemahan ketika wanita menangis tapi air mata itu adalah sebuah air mata kehidupan.
 
‘Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. (Al-Hadith)
 
Oleh kerana itulah wahai ikhwan jadikan jangan kau siakan wanita. Ingatlah kau juga dilahirkan dari rahim ibumu yang juga seorang wanita, jika kau melukai hati wanita itu sama halnya kau lukai hati ibumu.
 
Jadi, lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangan.Itulah sebab kita di jadikan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain. Segala amalan yg kita lakukan tetap akan di balas walau sebesar zarah.
 

Tuesday, 25 October 2011

Bilik Berkat


apa itu bilik berkat????jangan malu guna bilik berkat :) . ilmu yang Cik Kasut nak kongsi dengan korang semua yang Cik Kasut abik dari surat kabo mega. Cik Kasut pun sebelum nie tak tau pun bilik berkat ni apa.

Di tanah suci, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. kisah perselisihan faham antara suami isteri juga acapkali kita dengar walaupun pasangan tersebut hidup rukun damai di malaysia.

Antara sebabnya, masalah komunikasi antara suami isteri terutamanya bagi yang mengikut muassasah. hal ini bukan sahaja melibatkan suami 'tertinggal' isteri semasa mahu ke Majidil Haram atau Masjid Nawawi tetapi juga melibatkan hubungan intim suami isteri.

Eksekutif Bimbingan, Tabung Haji Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS), Abdul Rahman Hamzah berkata, kes bermasam muka akibat ketiadaan hubungan intim suami isteri ini memang berlaku walaupun ramai yang malu bercakap mengenainya.

Katanya, berdasarkan pengalaman mengurus jemaah haji, ada suami yang jadi pemarah atau terganggu emosinya disebabkan masalah ini.

"Sebab itu, jemaah haji jangan malu berjumpa petugas haji untuk menggunakan bilik berkat yang disediakan di hotel-hotel di Mekah.

"Tujuan disediakan bilik tersebut bagi membolehkan suami bersama dengan isteri sebelum bergerak ke Arafah.

"Ini penting supaya mereka bergerak ke Arafah dengan suasana ceria dan emosi yang stabil agar dapat melaksanakan ibadat dengan sempurna."

Abdul Rahman, 31 berpengalaman membimbing jemaah haji sejak tahun 2001 dan pernah bertugas dengan Darus Salam Holding di Brunei selama 6 tahun iaitu sehingga tahun 2006.

Selepas menyertai THTS pada tahun 2007, lulusan Universiti Umm Al-Qura', Mekah itu dilantik sebagai Penolong Timbalan Pengurus Maktab Haji di Mekah sehingga tahun 2008.

Seterusnya dilantik sebagai Timbalan Pengurus Maktab Haji di Mekah mulai tahun 2009 sehingga sekarang.

Abdul Rahman juga menasihati jemaah haji agar tidak mensia-siakan waktu mustajab berdoa iaitu 30 minit sebelum terbenam matahari pada 10 Zulhijjah semasa berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Sebabnya, kata beliau, pada waktu itu gangguan syaitan amat hebat sehingga ramai jemaah amat 'disibukkan' dengan hal-hal yang lain.

"Ketika ini, jemaah berada dalam ihram tetapi masa ini jugalah ada jemaah yang sibuk nak mengambil makanan, ais krim dan sebagainya."

Pada masa yang sama, Abdul Rahman mengingatkan jemaah yang menaiki penerbangan akhir ke Mekah supaya tidak berusaha mencukupkan umrah sunat tujuh kali dalam masa 5 hari.

"Dikhuatiri perbuatan ini boleh menjejaskan kesihatan jemaah kerana mereka masih belum ke Arafah untuk wuquf dan melontar di Mina.

"Kalau hendak buat, boleh tetapi selepas selesaikan haji dulu," jelas beliau.

Oleh kerana kewajipan menunaikan haji itu barangkali sekali seumur hidup, elok juga jemaah mempersiapkan diri dengan doa-doa untuk dibawa ke Tanah Suci.

Abdul Rahman menyarankan agar doa itu ditulis sejak tanah air dan anak-anak boleh membantu ibu bapa masing-masing dalam hal itu.

"Demikian juga, pastikan kita membawa sejadah, tasbih dan kasut sebagai persediaan di Mina semasa berada di Arafah untuk megelak pecah tumit dan tapak kaki,"

Seperti yang kita maklum, Tanah Suci adalah tempat mustajabnya doa dan juga tempat di mana pembalasan Allah itu boleh berlaku serta-merta, maka perlulah jemaah haji menjaga tingkah laku dan tutur kata agar tidak menyakiti orang lain.

"Berhati-hati dalam bercakap dan tengok apa yang berlaku tetapi jangan suka buat ulasan." tambah beliau.


..:: So korang janganlah malu2 guna bilik berkat nie ::..




Thursday, 25 August 2011

Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan




Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-


1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).


Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).


Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya... Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)


2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. 
"Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)



4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.


Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi
witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. 


Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.


Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.


Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)


8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari 


Dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkanprodu ktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.


Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.


Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat.

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,

Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)


Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.


Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut:-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )


Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)



Renung-renungkan & Selamat beramal

Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut,

anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...



SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA
Sumber maklumat disini


Sabar


Assalamualaikum

KITA tidak boleh mengawal hati orang lain. Apa yang hendak mereka kata dan fikir semuanya di luar jangkaan kita. Ilmu dan kehendak mereka yang akan melantunkan tindakan serta perangai.

Jika baik hati mereka, baiklah cakap, layanan dan sangkaan mereka tetapi jika hati mereka kotor, maka tindakan akan menterjemahkan segala hitam yang bersarang di kotak hati itu.

Kadangkala, kita sudah lakukan yang terbaik tetapi mereka kata kita main-main. Kita sudah berubah menjadi baik, mereka kata hendak menunjuk-nunjuk.

Kita lakukan dengan ikhlas, mereka kata ada udang di sebalik batu. Rasanya kita sudah boleh agak apa perasaan jika berada dalam situasi begitu.

Tentu marah bukan? Justeru, kita perlu banyakkan bersabar dan bertenang kerana yang mengukur baik dan buruk bukannya manusia. Yang memberi kehidupan bukannya mereka kerana manusia tidak ada kuasa.


Hanya Allah s.w.t yang paling mengetahui apa yang ada dalam hati kita. Dialah yang ukur kebaikan kita, memberi rezeki dan memberi kehidupan kepada kita.

Allah yang Maha Kuasa jugalah yang melarang buruk sangka (suu zann).

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Jauhilah kamu daripada buruk sangka kerana buruk sangka ialah seburuk-buruk berita.

Manusia memang suka bersangka-sangka. Apa lagi sangkaan yang buruk. Hati, akal dan mata selalunya tidak seiring. Mata melihat, otak memproses manakala hati mentafsir.

Jika hati yang berbaur dosa dan dengki mentafsir kecantikan seseorang, dia akan kata perempuan ini mesti pakai susuk. Jika ada yang berpakaian cantik dikatanya ini mesti hendak menunjuk-nunjuk.

Tetapi jika pakai selekeh pula dikatanya memang selekeh betul.  Jika ada yang pakai barang kemas dikatanya sengajalah tu hendak tunjuk kaya. Jika tidak ada apa-apa pada tangan dikata pula sebagai orang miskin.

Demikian juga apabila bercakap banyak dikata hendak tunjuk pandai. Apabila diam tidak bercakap pula dikatanya sombong. Memang manusia punya hak untuk bersangka.

Jika yang baik punya sangka empunya diri yang untung. Hati tenang, minda damai, jiwa harmonis, disenangi dan mudah dapat kawan. Jika sangkaan buruk, jiwa sendiri yang sengsara.

Hati sakit saja. Banyak fikir mengenai orang, darah pun naik. Pendek kata, semua tidak kena. Sebab semua hal orang dia hendak fikir dan tafsir, sedangkan diri sendiri tidak difikirkan.

Tabiat sangka buruk terkena kepada semua golongan. Yang tua dengan cara dan kepakarannya manakala yang muda dengan kehangatannya.

Jika kita hendak layan semua sangka buruk orang dan semua hati kita hendak jaga, alamatnya makan hatilah kita. Lihat sejarah Luqman al-Hakim dengan anaknya menaiki seekor keldai.

Dalam perjalanan orang kata: Ada ke patut dua beranak naik keldai, kesian keldai tu. Selepas itu. Luqman duduk di atas keldai dan anaknya tarik dari bawah.

Orang kata juga: Ada ke patut bapa biarkan anaknya menarik dari bawah. Tukar posisi pula, anak naik keldai manakala Luqman pula yang tarik dari bawah. Orang kata juga, anak apa itu buat ayah dia macam hamba.

Justeru, cara terbaik ialah merawat penyakit buruk sangka ini. Di sini disarankan beberapa cadangan antaranya:
  • Berbaik sangka dengan semua orang.
  • Tafsirkan segala yang kita lihat dengan positif.
  • Tanamkan rasa takut pada kemurkaan dan ancaman azab Allah dengan buruk sangka.
  • Sucikan hati dengan memperbanyakkan zikir.
  • Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.
  • Melakukan muhasabah diri. 

Tuesday, 23 August 2011

Cara Wardina Ajar Anak Lekat Solat 5 Waktu


Assalamualaikum

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...tapi preparation since 6 la...

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....

ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night..... But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

 psssssssssssst pas ni bolehlah kita ajar anak kita solat supaya tak baluq liat.... :)
insyaAllah semoga dipermudahkan

Monday, 1 August 2011

rahsia solat


Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo


1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...