Sunday, 1 May 2011

Hikmah Berwuduk


Assalamualaikum.......

ari nie Cik Kasut nk share pasal berwuduk..... kadang kita men abik jer ayo sembayang 2 kan t;p x tau pn setiap yg kita abik 2 kita blh memafaatkannyer...Allah xkn bt sesuatu dgn sia2...betoi x kenkawan.

selamat membaca n mempraktikan.... :)




Hikmah Mengambil  Air Wuduk

Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini

Penjelasan 1 : Dalam kehidupan seharian, kita tidak terlepas dari melakukan dosa lidah dan berkata perkara yang tidak sepatutnya.

Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini.

Penjelasan 2 : Ahli syurga wajahnya putih berseri-seri.

Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini.

Penjelasan 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya melalui tangan kanan.

Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini.

Penjelasan  4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya melalui tangan kiri.

Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy -Mu.

Penjelasan  5 : Panas di Padang Mahsyar tidak terkira ibarat matahari sejengkal di atas kepala.

Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini

Penjelasan  6 : Seharian kadangkala kita terdengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya.

Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim.

Penjelasan 7 : Ahli syurga akan melintasi titian Siratul Mustaqqim dengan pantas sekali.

Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat

Penjelasan  8 : Qada dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Begitu juga dengan aturan mengambil wudhu. Di dalam tertibnya, sebenarnya tersembunyi hikmah yang sama sekali tidak kita jangka. Maka, bersyukurlah dan sentiasalah mengerjakan solat dengan permulaan wudhu yang sempurna

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan kesan kasut selipar anda d sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...