Saturday, 30 April 2011

kisah anak derhaka

Assalamualaikum.......


sempena dengan hari ibu nie Cik Kasut nak ucapkan Selamat Hari Ibu utk semua ibu2.....termasuklah ibu Cik Kasut sendiri.....i luv u mum......luv u soooooooooooooooooooooo much.......kepada sesapa yg masih ada ibu,mak,mama,mummy atau apa jer yg korang panggil uk mak korang 2 sayanglah mereka selagi mereka masih hidup. seandainya tuhan menjemput mereka pergi sedekahlah Al-Fatihah dan banyakkan lah berdoa untuk kesejahteraan mereka di sana......


kt sni Cik Kasut nak post pasai kisah anak derhaka yg Cik Kasut dapat drpd yahoogroup Cik Kasut.....bersesuaian ler dengan hari ibu niekan.....semoga kita jdkn ianya sebagai ikhtibar....korang bacalah okes..... :)mungkin korang pn penah baca ke org dok sok sek ker pape pn...... kita layan dlu....betoi atau x kisah nie xdelah plak cik Kasut tau....


hairan aku tgk org kg dok berkumpui kt kedai aritu. 1 September 1994 . tekun bebenor depa nie dok becerita smpi bekerut2 dai 2......dh abis org 2 dok cita yg len pakat dok geleng2 pala...
mesti ada hot story nie so pa g aku pn mensebokkn ler diri inikn.....so aku paking moto p ler kt depa 2....
Bincang pa tu? Serius jer aku tgok," aku mula menyoal cam polis pencen.(pa kena mengena polis pencen ngan aku nie...hahahaha tah ler)....Haaa...Din,(bukan nama sebenar) ko tak p tgk dak pompuan x leh keluaq dr kubuq mak dia? kata Jaimi, (bukan nm sebenor jgk) kawan aku.
" dak pompuan?x leh keluaq dr kubuq?Aku x paham bah," jawab aku. Memang ler aku x paham sbb len toi story yg depa cita kt  aku nie...



" lagu nie," kata Jaimi, lalu menyambung, " kt kubur kg Batu 10 tu, ada dak pompjuan tu tlg mak dia kebumikn tp pas 2 dia lak x leh kluaq dr kubuq 2. la nie smua org pakat dok tlg dia bg keluaq tp masaelahnyer x blh lg.
"awat jd lagu 2?" aku tny lg bg jaimi cita dgn panjang lebar......patut ler aku tgk depa nie serius jer dok becerita......


Jaimi pn memulakan ceritanya. cita dia cam nie.... memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, dak pompuan nie berumur belasan tahun mintak duit kt mak dia nk keluar ngan kenkawang nak p ke bando..... Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.


" alah bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak. " mak xdak duit  p mintak kt bapa 2"jawab maknya perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.


" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu.
" Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya. " RM 20 aja! " si gadis berkata. " Tak ada," jawab ibunya. " Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.


" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! " " Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "


Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai. " Saida.. Sai.. dddaaa.."(bukan nm sebenar) katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.


Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.


Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi.... Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.


Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.


Jaimi smbg cita blk " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi. mula2 xdak pa yg pelik tp bila nk masuk kot kubuq 2 mayat jd berat 10 org pn x leh nk angkat.suami dia pn x leh nk bt pa"


" Tapi bila dak pompuan 2 tlg mak dia serta merta mayat mak dia jd ringan. dia sorg pn leh letak n angkat mayat mak dia kt tepi mayat kubur 2.....


pas 2 dak pompuan 2 pn masuk dlm kubur utk sambut jenazah mak dia.sekali lagi org2 kg angkatlah mayat mak dia utk bg kt dak pompuan 2.


dgn x susah payah, dak pompuan 2 pn masukkan jenazah mak dia dlm liang lahad tp bla dia nk panjat kluar dr kubur 2 tiba2 kaki dia x leh nk angkat .dak pompuan 2 jd cemas.


" Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi. " Apa pasal," Si ayah bertanya. " Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.


Org kg mula keliling kubur 2...smua org dok jenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.


" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," kt dak pompuan 2 kt ayah nyer...si ayah pn tarik tangan si anak tp x blh.org kg pn tlg nk tarik tangan dak pompuan nie tp gagal jugak....
" Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.


Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. depa cuba utk tarik tangan saida nie tp sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.


" Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap. " Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak
tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.


Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.


" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah. Air matanya sudah tidak boleh ditahan lagi.


" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.


Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, pak imam bt keputusan kubur 2 perlu di kambus.


" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.


" Habis anak saya ?" tanya si bapa. " Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.


Lelaki berkenaan bersetuju. upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.


Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.


" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.


" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.


aku tgk ramai org dok berpusu-pusu di sana . ada keta polis kt sna.aku pn trus ke kubur 2 n menyusup kt celah2 org ramai yg besesak2.


akhirnya aku smpi gak kt barisan hadapan. Malangnya aki x dpt tgk dak pompuan 2 sbb depan km ada kepungan tali. kubur 2 lak beberapa puluh meter drpd km dan terlindung oleh rimbunan pokok.dlm kepungan 2 lak ada anggota polis yg mengawal dgn senjata masing2.


tp nasib aku memang baik ari 2 sbb aku kenal 2 3 org polis kt stu.


" Pssstt...Raie. ...Raie...Psstt, " aku panggil, Raie yang perasan aku memanggilnya mengangkat tangan. " Boleh aku tengok budak tu? " aku tny bila dia smpi dekat aku.


"x blh kluarga dia jer yg blh " jawabnya pelan2 cam bebisik sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan tkt2 org len tau lak.


" alah  sat jer blh ar...." aku pujuk.
Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. aku pn menyusup pelan2 n jln beriringan dgn raie cam x buat salah pn. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.


akhirnya aku smpi gak kt kubur 2.dekat kubur 2 ada 2 3 polis yg dok memerhatikan kedatangan aku.


Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.


Bila dijenguk kedalam, dada aku serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih; "Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.."


Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.


aku tgk bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.


" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.


Hampir menitis air mata aku tgk Saida. aku x sangka cita datok n nenek pasai anak derhaka nie berlaku depan mataaku sndr.
Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.


aku x lama kt sna. smbl aku berlalu dr kubur 2 aku dengar lg saida meratap merayu" Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..."


Lantas aku toleh utk kal yg terakhir. aku tgk bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. aku tgk seorang polis mengesatkan air matanya.


Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.


Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. aku dh pulang ke umah tp mlm 2 aku x dpt tido suara tangisan saida terngiang2 kt telinga aku nie.


aku diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.


Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.


Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.


Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.


Allah Maha Agung......sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.


Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

  • diharap kisah nie korang jdkan pengajaran.......yg telah mati x kan hidup kembali jd sayangilah org yg tersayang selagi mana mereka masih hidup.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan kesan kasut selipar anda d sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...