Tuesday, 10 May 2011

Berapa Kali Anda Sujud Syukur????

Assalamualaikum.....


Tak pernah? Atau pada situasi tertentu saja?

Itu maknanya Anda kurang bersyukur.Kami sedari perkara ini apabila terbaca kebaikan dari mengamalkan sujud syukur lalu mengamalkannya. Apabila bersujud lalu melafazkan syukur sepenuh hati sehingga rasanya meresap jauh ke dalam kalbu, Anda akan jadi bersemangat serta merta. Anda rasa gembira serta merta. Entah sebab apa.Anda jadi gembira tak semena-mena. Mulai hari ini, pelajari cara untuk bersujud syukur, kemudian amalkan. Ketika Anda bersujud syukur, ucapkan terima kasih setulus hati pada Allah Yang Maha Esa. Fikir sesuatu perkara yang Anda paling hargai sekarang ini, kemudian panjatkan kesyukuran pada Yang Maha Esa. Semua yang Anda ada hari ini, semua yang Anda miliki dan semua yang Anda gunakan hari ini sebenarnya pemberian Allah Yang Maha Esa cuma disalurkan melalui orang-orang disekeliling Anda. Anda dapat membaca buku-buku motivasi kerana ada orang menulisnya untuk tatapan Anda. Anda dapat makan nasi tengahari tadi sebab ada orang menuai padi untuk Anda, menjadi beras kemudian ada orang memasaknya untuk Anda sebelum nasi itu sampai ke tangan Anda lalu disuap ke mulut Anda. Pernahkah Anda terfikir untuk bersyukur pada Tuhan atas nikmat ini?

Pernahkah Anda terfikir untuk berterima kasih pada Allah kerana Anda dapat makan nasi tiga kali sehari, bahkan sebanyak mana Anda mahu?

Latih diri Anda untuk mensyukuri perkara-perkara asas sebab latihan sebegitu akan membuat Anda jadi gembira, bersemangat sentiasa. 

Kesyukuran mendalam dapat mengikis kenegatifan, syaratnya tumpukan seluruh perhatian pada perkara-perkara di sekeliling Anda,selepas itu ucapkan terima kasih pada Tuhan kerana dengan izin dariNYA, Anda ada semua itu, Anda nikmati semua itu.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan kesan kasut selipar anda d sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...