Itulah
kenapa perasaan seorang wanita sangat peka. Allah menciptakannya dengan
9 perasaan dan 1 akal, maka mereka selalu mengutamakan perasaannya
ketika ia hadapi sebuah permasalahan.
Tak
hairanlah ketika perasaannya sedang sebak, air matanya pun mengalir.
Bukan kerana dia lemah, tapi dengan air mata itulah ia meluahkan segala
rasa yang ada didadanya beban kehidupannya dan permasalahan yang
dihadapinya
Kenapa Allah menciptakan wanita begitu istimewa? Wanita diberikan sebuah bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia dan isinya,
dan dia jadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan, ketika dia harus menopang kepala bayi yang sedang tertidur.
Allah
menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain
menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah
harapan.
Diciptakannya mereka begitu sabar menghadapi cercaan dari bayi yang dilahirkannya dari rahim
Allah
memberikan mereka kesabaran untuk selalu memberikan perhatian dan kasih
sayang pada keluargannya walaupun dirinya letih, mereka tetap berjuang
tanpa kenal lelah dan kadangkala menahan sakit namun mereka tidak pernah
berkeluh kesah.
Cinta
yang diberikan kepada putera puterinya tidak terbatas. Dia hanya tulus
memberi dan tidak pernah mengharap kembali.. walau kadangkala dia
disakiti dan dicaci maki namun setiap saat dan keadaannya dia begitu
beerti tidak pernah sakit hati walau hatinya sering kali
dilukai.
Wanita
sebagai semangat dan kekuatan untuk membimbing suami ketika masa sulit
yang dihadapinya bukankah wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki.
Bukankah tugas sebuah tulang rusuk adalah untuk melindungi jantung dan
hati agar ia selalu selamat dan tak tercedera?
Satu
kekhususan yang Allah berikan pada wanita, AIR MATA. kerana dengan air
mata wanita boleh menumpahkan perasaannya bila mereka memerlukannya.
Bukan sebuah kelemahan
ketika wanita menangis tapi air mata itu adalah sebuah air mata
kehidupan.
‘Doa
perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal
tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa
orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. (Al-Hadith)
Oleh kerana itulah wahai ikhwan jadikan jangan kau siakan wanita. Ingatlah kau juga dilahirkan dari
rahim ibumu yang juga seorang wanita, jika kau melukai hati wanita itu sama halnya kau lukai hati ibumu.
Jadi,
lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangan.Itulah sebab kita di
jadikan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain. Segala amalan yg
kita lakukan tetap akan di balas walau sebesar zarah.
nice share... rasa macam mesej tu terkesan sampai ke hati, walaupon aku lelaki... hehehe..
ReplyDeletetahniah kerana diberi sebegini banyak penghormatan buat semua wanita2 sekelian... subhanallah..
teringat kat mak aku, bila baca entry ni.. maafkan fattah mak..
ReplyDeletejangan biarkan ibu sedih hingga menitiskan airmata kerana kita..
ReplyDeletethat true.. skrang ni.. rinduk kat mak .. mak sakit skrang ni.. tringin nak balik jaga mak.. tp tak boleh lg.. huwaa
ReplyDeleteYe.. setiap orang ada kelebihan dan kekurangan
ReplyDelete