Tuesday, 25 October 2011

Bilik Berkat


apa itu bilik berkat????jangan malu guna bilik berkat :) . ilmu yang Cik Kasut nak kongsi dengan korang semua yang Cik Kasut abik dari surat kabo mega. Cik Kasut pun sebelum nie tak tau pun bilik berkat ni apa.

Di tanah suci, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. kisah perselisihan faham antara suami isteri juga acapkali kita dengar walaupun pasangan tersebut hidup rukun damai di malaysia.

Antara sebabnya, masalah komunikasi antara suami isteri terutamanya bagi yang mengikut muassasah. hal ini bukan sahaja melibatkan suami 'tertinggal' isteri semasa mahu ke Majidil Haram atau Masjid Nawawi tetapi juga melibatkan hubungan intim suami isteri.

Eksekutif Bimbingan, Tabung Haji Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS), Abdul Rahman Hamzah berkata, kes bermasam muka akibat ketiadaan hubungan intim suami isteri ini memang berlaku walaupun ramai yang malu bercakap mengenainya.

Katanya, berdasarkan pengalaman mengurus jemaah haji, ada suami yang jadi pemarah atau terganggu emosinya disebabkan masalah ini.

"Sebab itu, jemaah haji jangan malu berjumpa petugas haji untuk menggunakan bilik berkat yang disediakan di hotel-hotel di Mekah.

"Tujuan disediakan bilik tersebut bagi membolehkan suami bersama dengan isteri sebelum bergerak ke Arafah.

"Ini penting supaya mereka bergerak ke Arafah dengan suasana ceria dan emosi yang stabil agar dapat melaksanakan ibadat dengan sempurna."

Abdul Rahman, 31 berpengalaman membimbing jemaah haji sejak tahun 2001 dan pernah bertugas dengan Darus Salam Holding di Brunei selama 6 tahun iaitu sehingga tahun 2006.

Selepas menyertai THTS pada tahun 2007, lulusan Universiti Umm Al-Qura', Mekah itu dilantik sebagai Penolong Timbalan Pengurus Maktab Haji di Mekah sehingga tahun 2008.

Seterusnya dilantik sebagai Timbalan Pengurus Maktab Haji di Mekah mulai tahun 2009 sehingga sekarang.

Abdul Rahman juga menasihati jemaah haji agar tidak mensia-siakan waktu mustajab berdoa iaitu 30 minit sebelum terbenam matahari pada 10 Zulhijjah semasa berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Sebabnya, kata beliau, pada waktu itu gangguan syaitan amat hebat sehingga ramai jemaah amat 'disibukkan' dengan hal-hal yang lain.

"Ketika ini, jemaah berada dalam ihram tetapi masa ini jugalah ada jemaah yang sibuk nak mengambil makanan, ais krim dan sebagainya."

Pada masa yang sama, Abdul Rahman mengingatkan jemaah yang menaiki penerbangan akhir ke Mekah supaya tidak berusaha mencukupkan umrah sunat tujuh kali dalam masa 5 hari.

"Dikhuatiri perbuatan ini boleh menjejaskan kesihatan jemaah kerana mereka masih belum ke Arafah untuk wuquf dan melontar di Mina.

"Kalau hendak buat, boleh tetapi selepas selesaikan haji dulu," jelas beliau.

Oleh kerana kewajipan menunaikan haji itu barangkali sekali seumur hidup, elok juga jemaah mempersiapkan diri dengan doa-doa untuk dibawa ke Tanah Suci.

Abdul Rahman menyarankan agar doa itu ditulis sejak tanah air dan anak-anak boleh membantu ibu bapa masing-masing dalam hal itu.

"Demikian juga, pastikan kita membawa sejadah, tasbih dan kasut sebagai persediaan di Mina semasa berada di Arafah untuk megelak pecah tumit dan tapak kaki,"

Seperti yang kita maklum, Tanah Suci adalah tempat mustajabnya doa dan juga tempat di mana pembalasan Allah itu boleh berlaku serta-merta, maka perlulah jemaah haji menjaga tingkah laku dan tutur kata agar tidak menyakiti orang lain.

"Berhati-hati dalam bercakap dan tengok apa yang berlaku tetapi jangan suka buat ulasan." tambah beliau.


..:: So korang janganlah malu2 guna bilik berkat nie ::..




Wednesday, 19 October 2011

Sentap..... Meroyan....


aloiiiiii semalam Cik Kasut try ler nak buat commentluv sekali tak jadi da sampaikan kawan Cik Kasut JR ler yang kabo kot shoutbox Cik Kasut. kalau dia tak cakap Cik Kasut ingat dah boleh ler guna. tq yek JR.  sekarang nie tengah baik pulih. harap-harap semuanyer back to normal. to my fren kalau masih tak boleh komen let me know yek J

nie pun puas berlari-lari anak, berlari-lari setempat untuk buat macam dlu balik tak pun commentluv Cik Kasut menjadi.

Tuesday, 18 October 2011

Mesyuarat Pengurusan


nie cita lama punyer peram ok J
22 dan 23/9/2011 ari tu Cik Kasut dan staf-staf bahagian Cik Kasut jadi urus setia mesyuarat kat Hotel Copthorne Orchid, Penang.  Tempat tu oklah walaupun service dia kureng skit food pun kureng banyak jugak.
Bukan cita mesyuarat yang Cik Kasut nak story mory pun tapi dekat Hotel Copthorne Orchid nie dekat dengan toy museum. Hotel Copthorne Orchid nie atas  yolah hotel dekat batu  feringgi tak ke atas toy museum tu kat bawah hotel tu jer. Cik Kasut tau pasai museum nie pun dari blog jariku gemuk-gemuk belaka...hahahaha...korang mesti tau punyer blogger nie. Nampak cam best jerkan.

Tapi serius wey bila dah p tu terbang sepuluh hinggit rasa sangat ler tak bebaloi. Tempat dia hampes...buruk ..... sempit.... berabuk...toy yang takdelah best mana pun. Cik Kasut masuk tak sampai 30 minit jer. Tak macam kat korea walaupun Cik Kasut pun tak penah p...hahahaha.  tengok kot running man jer.
Layan jelah gambar nie yek

Cik Kasut suka sangat yang nie...stich yang comey J



hantu kuruih koring

aku akan datang dalam mimpi kau...hahahahah

kartun yang gatai...pantang jumpa pompuan seksi

korang ada layan tak cita saw????peh saw yang tersangat ganas..... Cik Kasut layan jugak tapi bantal jer lah yang banyak tengok J nie ler movie yang Cik Kasut layan setiap kali dia kluar kot pawang tapi Cik Kasut beli cd jer...tak sanggup rasanyer tengok kot wayang sebab dengan soundnyer...aloi ada yang tak tido malam jap g.

V for Vendetta nie pun best sangat best...


sailormoon datanglah J

a bug life

peterpan

nie jelah gambonyer tapi serius tau memang sangat tak best kat sini....bukan nak kutuk tapi tu ler hakikatnyer.....

Hidup

Hidup bukan untuk hidup tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup
Hidup bukan untuk mati tapi mati itulah untuk hidup
Kita bukannya takut mati, jangan mencari mati tapi rindukan mati kerana mati adalah pintu berjumpa dengan Allah S.W.T.
Mati bukalah cerita akhir dalam hidup tetapi mati adalah awal cerita sebenarnya maka sambutlah kematian dengan penuh ketaqwaan

Saturday, 15 October 2011

Pusat jalur lebar komuniti

peh tajuk.... Haha cik kasut sekarang tengah koje da. Ada perasmian pusat jalur lebar. Alah cik kasut dah kabo semalamkam.. Peh panehnyer sekarang ni. Bestnyer dah lepak2 kat umah. Tapitak pe isnin ni cik kasut abik off so korang keje cik kasut leh le membuto... I like ;). Ramainyer budak2 kat sini tapi sayangnyer pusat nie dalam kawasan masjid so sambutan untuk orang non muslim memang takde langsung so kalau buat aktiviti dok ulang muka yang sama jer.. Macam tak adil pun ada. Kalau di ikutkan boleh jer orang non muslim masuk tapi orang kat sini tak kasi da....

Klah nak sambung keje ........ ;)


Friday, 14 October 2011

i'm back


alo semua lama gilerkan Cik Kasut menghilang...sejak dua menjak nie memang Cik Kasut tak dak kat opis. kena g kusus da. yolah dah kata keje gomen so kena p kursus 7 hari setahun. so kenalah cukupkan jam kredit..hahah cam masa dok U dlukan... apa yang besynyer kusus nie dapat makan fre..wahahaha suka ati ku...jimat duit. sapa tak nak..makan sedap-sedap. tapi pas tu komplen badan naik..hahahhaa...tak bersyukur sungguh :)

sekarang ni Cik Kasut tak de kat opis terchinta. ada keje kat luar da..Cik Kasut sekarang kat Pusat Jalur Lebar Kg. Ketari, bentong da. perasmian sok pagi tapi ari nie kira cam buat lawatan tapak ler. yolah dah tak tau so kena ler tengokkan...so alang2 haruslah gunakan kemudahan yang ada...wakakaka...i like... :)

besok orang lain bersila panggung depan tv ke, dating ke, window shopping ke walaupun window kat shopping complex tu dok tang mana pun tak tau ler kan. Cik Kasut kene keje. huhuhuhu..tapi apa leh buat kan...dah di arahkan so ko ada berani nak ingkar perintah?????kang kena ngadap pengarah tu aloi....lagi ler sangat benchinta.


pssssssst untuk kengkawan Cik Kasut  sutera kasih nie ha Cik Kasut dah wat entri :)


Friday, 7 October 2011

Bajet 2012

mesti korang semua dah dengar penbentangan bajet 2012kan????ada yang tengok ada yang tak tengok. bagi yang tak tengok mesti kata bajet tu tak penting pun bukan dapat pa pun...hahah tu dulu ler Cik Kasut slalu cakap macam tu tapi since dah keje pembentangan bajet nie dah macam wajib tengok dah..hahah kenapa????of course ler nak tengok dapat kenaikan gaji ke takkan tak pun paling tidak bonus walaupun bonus gomen taklah sehebat orang keje swasta.


bajet kali nie merangkumi semua orang. tak kira orang berpendapatan rendah,sederhana mahupun orang dah sedia senang.. tapi bukan tu yang Cik Kasut nak ulas coz Cik Kasut nie bukanlah pandai sangat pasal bajet nie. tapi Cik Kasut bersyukur sangat sebab dapat kenaikan gaji tahunan dari rm80-rm320 ikut gred. kalau di beri pilihan antara kenaikan gaji dan bonus semestinya Cik Kasut akan pilih kenaikan gaji.

kenapa???

sebab kenaikan gaji akan berlaku setiap tahun kalau bonus hanya setakat bulan yang di beri sahaja. tapi alhamdulillah dapat kedua-duanyer sekali...

cuma mengenai pencen tu jer...aloi tak sanggup rasanyer nak keje sampai umur 60 tahun... so kertu untuk keje. bagilah ornag muda belia untuk kerja.. umur 50 tahun pun dah berkira-kira nak pencen dah. nak dok umah, jadi geng surau ke geng masjid ke...

pape pun syukur alhamdulillah :)


Monday, 3 October 2011

Pencarian Bintang Idola Kecil


korang semua mesti dah tengokkan iklan pencarian bintang idola kecil nie...Cik Kasut tak naklah bincang pasal buruk baik budak-budak kecik sekarang nie yang dah mula exposed dengan dunia hiburan nie cuma yang Cik Kasut akan kureng berpuas hati mengenai iklan tu sendiri...

 KENAPA LAK????

sebab musabab yang Cik Kasut kureng berkenan tu macam mana student aka pelajar perempuan tu boleh dok menyanyi dalam library....agak-agak ler nak nyanyi dalam library tu...bukan ke library tu kita di suruh diam. ganggu konsentrasi orang lain nak belajar..
kawan dia dah betul dah tegur dah pun tapi dia buat tak endah jer...kalau Cik Kasut jadi kawan dia mula-mula boleh lah sabar kali kedua memang nak kena toi ler kan..macam tak dak tempat lain ko nak melalak...

rasa-rasa korang nie setuju ker dengan pandangan Cik Kasut nie????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...