Thursday, 7 June 2012

Kisah Umar Abdul Aziz dan Ana


Assalamualaikum.....

moga kisah ini menjadi tauladan dan pengangan kita semua...InsyaAllah

 
Cuaca yang panas, matahari memancar terang sejak pagi, setelah selesai bermain anak bongsu Khalifah Umar Abdul Aziz merasa lapar dan meminta makanan dari ibunya. Namun ketika itu isteri khalifah Umar, Fatimah belum memasak apa-apa.
 
“Pergilah berjumpa dengan ayahmu di Baitulmal, mungkin dia dapat memberikan kamu sesuatu yang dapat dimakan,” kata Fatimah.
 
Si anak terus berlari riang menemui ayahnya. Ketika itu dia melihat ayahnya Khalifah Umar bersama beberapa orang pegawai sedang menimbang sejumlah buah epal untuk diberikan kepada yang layak.
Tiba tiba si anak masuk dan terus menuju ke arah longgokan epal dan terus mengambil sebiji epal untuk dimakannya. Khalifah Umar melihat tindakan anak kesayangannya dan segera merebut epal itu dari mulut anaknya sehingga anaknya menangis lalu berlari pulang ke rumah.
 
“Wahai Amirul Mukminin, anakmu sedang lapar, kita masih mempunyai simpanan buah epal yang banyak untuk diberikan kepada orang ramai, sekiranya hilang sebiji, tentu tidaklah ia menyebabkan kerugian,” kata Sahal, adik Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang turut berada di situ dan menyaksikan kejadian tersebut.
Sahal, tidak sampai hati melihat anak saudaranya yang sedang lapar itu menangis ketika sebiji epal  yang hendak dimasukkan ke dalam mulut yang direbut oleh ayahnya.
 
Khalifah Umar hanya berdiam diri mendengar kata-kata adiknya ini. Hatinya sendiri ketika itu gelisah. Dia terpaksa memilih antara keredhaan Allah dengan keinginan anak kesayangannya. Dia memilih mengutamakan keredhaan Allah.
 
Setelah selesai kerjanya di Baitulmal, Khalifah Umar Abdul Aziz segera pulang ke rumah. Dia menemui anaknya, dia memeluk dan mencium buah hatinya serta dia juga mencium bau buah epal dari mulut anak bongsunya itu. Khalifah Umar segera memanggil isterinya, Fatimah.
 
“Wahai Fatimah, dari mana kamu dapatkan buah epal untuk anak kita?” tanya Khalifah Umar.
“Anak itu sedang kelaparan tadi, dan dia teringin sekali memakan buah epal, lalu saya belikannya sebiji di pasar, epal itulah yang dimakannya untuk menahan rasa lapar,” jawab Fatimah.
 
Dengan wajah lapang dan sambil menangis Khalifah Umar pun bercerita kejadian tadi berkenaan anaknya sambil berkata,”Wahai isteriku Fatimah, ketika aku merebut buah epal itu dari mulut anak kita, benar-benar aku merasakan seperti merengut jantung aku sendiri. Apakan daya kerana aku sangat takut api neraka yang akan membakar anak kita, jadi aku rebut buah epal itu dari mulutnya”.
 
Begitulah seorang hamba Allah, seorang khalifah , mukmin muttaqin, yang menunjukkan sikap amat berhati-hatinya, yang mengharapkan seluruh keluarga bahkan rakyatnya untuk mencapai syurga Allah. Beliau sangat bimbang sekiranya benda haram menjadi darah daging anak dan keluarganya. Wallahua’lam…

Wednesday, 25 April 2012

Kehidupan

Ketika kerjamu tidak dihargai, maka saat itu kamu sedang belajar tentang ketulusan...
ketika usahamu dinilai tidak penting maka saat itu kamu sedang belajar tentang keikhlasan...
ketika hatimu terluka sangat dalam, maka saat itu kamu sedang belajar tentang memaafkan...
ketika kamu merasa sepi dan sendiri, maka saat itu kamu belajar tentang kesungguhan...
ketika kamu harus merasa membayar biaya yang sebenarnya tidak perlu kamu tanggung maka saat itu kamu sedang belajar tentang kemurahan hati...
tetap bersemangat, tetap tersenyum dan bersabar
kerna sesungguhnya kamu sedang menimba ilmu di universiti kehidupan...
Allah swt meletakkan kamu di tempat sekarang bukan kerana kebetulan tetapi Allah swt mempunyai maksud terhadap hidupmu..
Subhanallah...




Wednesday, 18 April 2012

Haram Memadukan Dua Bersaudara



Assalamualaikum....

Artikel ni Cik Kasut terbaca dalam mega agama. untuk makluman dan rujukan kita bersama.

     Tajuk perbincangan yang saya kira amat menarik ialah memadukan dua bersaudara. Yang menarik dan mengejutkan, betapa ramai orang tidak mengetahui bahawa perbuatan memadukan dua bersaudara itu adalah HARAM.
     Barangkali isu ini tidak timbul kerana masyarakat merasakan ia tidak berlaku atau kemungkinan ia berlaku adalah tipis. Namun ia telah dan tetap berlaku, maka ia perlu dijelaskan.
     Merujuk Surah Al-Nisa' ayat 23, selain daripada dua beradik, haram juga hukumnya memadukan anak saudara dengan ibu saudaranya. Maksudnya di sini, jika A telah berkahwin dengan B, kemudian A berkahwin pula dengan C, ibu saudara B iaitu adik kepada emak B atau ayah B.
     Dalam riwayat Trimidzi ada disebut: ''janganlah seseorang perempuan berkahwin di atas perkahwinan ibu saudaranya dan janganlah ibu saudara sebelah bapa berkahwin ke atas perkahwinan anak perempuan kepada saudaranya, janganlah seorang perempuan berkahwin di atas perkahwinan emak saudaranya sebelah ibunya, janganlah emak saudara sebelah ibunya berkahwin di atas perkahwinan anak perempuan saudaranya. Janganlah kakak berkahwin di atas perkahwinan adiknya dan janganlah adik berkahwin di atas perkahwinan kakaknya.''
     Yang jelas bukan sahaja memadukan dua beradik perempuan itu HARAM, tetapi memadukan anak saudara dengan ibu saudaranya sebelah ibu atau ayah juga HARAM.  Ini kerana poligami itu sendiri jika dilaksanakan di kalangan orang yang tidak bersaudara menimbulkan pelbagai perbalahan dan sengketa, maka jika ia dibuat antara dua beradik, maka akan putuslah tali silaturahim.
     Rasulullah SAW bersabda dalam riwayat Ibnu Hibban : "Bahawa jika kamu melakukan yang demikian itu (memadukan dua bersaudara atau ibu saudara denga nanak saudara) kamu telah memutuskan tali kasih sayang sesama kamu".
     Ini adalah tegahan yang sememangnya telah wujud keran Rasulullah SAW tahu poligami boleh menimbulkan sengketa dan perbalahan.
     Dari sudut hukum jika perkahwinan telah berlaku :
  • Jika seorang lelaki menikahi dua perempuan bersaudara dalam satu akad, kedua-dua pernikahan itu FASIK tetapi TIDAK BATAL. Pasangan perlu dipisahkan dan jika mereka dipisahkan sebelum persetubuhan berlaku, maka kedua-duanya tidak mendapat apa-apa dan tiada iddah. Jika telah berlaku persetubuhan, menurut Hanafi, setiap seorang berhak kepada mahar mithli dengan syarat tidak melebihi mahar musamma dan keduanya perlu beriddah.

  • Jika seorang lelaki menikahi A dahulu dan kemudian menikahi adik A iaitu B kemudian, maka dari segi hukum, PERNIKAHAN PERTAMA SAH dan yang KEDUA FASIK. Isteri kedua tidak mendapat apa-apa sekiranya belum berlaku persetubuhan. Jika telah berlaku persetubuhan maka, perlu membayar mahar mithli yang tidak melebihi mahar musamma  dan isteri kedua wajib beriddah. Ini kerana hubungan subhah atau kesamaran. SUAMI TIDAK BOLEH BERSETUBUH DENGAN ISTERI PERTAMANYA SEHINGGA ISTERI KEDUA SELESAI BERIDDAH.

  • Perlu diingat jika suami menceraikan isteri pertamanya dengan talak yang boleh dirujuk, maka dia hanya boleh berkahwin dengan adik bekas isterinya selepas tamat iddah bekas isterinya. Jika dilihat fakta ini, wujudnya hukum kerana kebarangkalian perkara seperti ini berlaku ada. Ia memang ada ada memang berlaku. Lantaran itu, dalam Islam adalah amat penting menjaga perlakuan dan pergaulan walaupun hubungan adik-beradik dan ipar. Jika sumbang mahram boleh berlaku seperti abang menjalin hubungan dengan adik perempuan kerana pergaulan adik beradik yang tidak berlandaskan hukum, maka tidak mustahil seorang abang ipar jatuh cinta dengan adik isterinya sendiri.
     Sebagai manusia kelemahan kita adalah nasfu dan bisikan syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan. Apalah ada pada cinta jika semuanya berlandaskan nafsu yang menyesatkan. Jika poligami hanya boleh berlaku jika masih ada wanita yang sanggup merampas kebahagiaan seorang wanita lain, maka memadukan adik beradik hanyta boleh berlaku keran hasutan syaitan yang boleh menyebabkan seorang adik tergamak merampas suami kakaknya atau anak saudara merampas suami ibu saudaranya.
     Ia bukan saja akan melukakan hati saudara kandung tetapi merosakkan hubungan kekeluargaan. Seorang ibu tentunya sangat sukar membuat pilihan antara dua orang anak perempuannya apabila kedua-duanya menyintai lelaki yang sama.


Penulis :- PROF. MADYA DATIN NOOR AZIAH MOHD. AWAL
               Pensyarah Fakulti Undang-undang UKM


Tuesday, 10 April 2012

hati sudah di pos jauh

 Assalamualaikum....

peh lama sangat Cik Kasut tak update blog niekan...dah naik bersawang dah...hahahhaa ada ke lagi orang nak baca blog Cik Kasut nie.

peh tengok kemain je kan..... jap lagi petang Cik Kasut akan beransur balik ke kampung...huhuhu...tak sabar nak tengok dak debab anak adik. rindu giler...kalau dulu homesick sekarang nie lagilah kalau boleh hari2 nak call adik pas cakap dengan dak debab tu...tapi yang geramnyer bila call semendang tak boleh cakap. dia dok tengok telepon jer bukan nak dengar sore mak ngah dia nie....huhuhuhu

nak buat keje pun dah tak semangat....dengan keadaan mulut yang tak brapa nak ok lagi.... (ko kenapa kiah mulut tu dah herot ke????) (ok fine cita lain pulak dah)

untuk makluman semua 2 3 menjak nie Cik Kasut buat rawatan gigi dekat Fakulti pergigian UKM,Jalan Raja Muda Abdul Aziz. hajat di hati teringin giler nak pakai braces walaupun dah dinasihat oleh student2 pergigian ngan pensyarah diaorang......alasannyer gigi awat dah elok gusi pun tak de masalah so buat pa nak buat jugak...huhuhuh...(tapi nak jugak  :( )

semalam Cik Kasut mc sebab kena cabut gigi 2 batang. sebelum kena cabut tu macam besalah student tu akan tanya soalan yang sama dengan sebelumnyer walaupun dalam rekod Cik Kasut dah ada benda tu. tapi tak pelah nak hilangkan gemuruh so jawab jer persoalan diaorang. bila tanya ada sakit ke tak Cik Kasut akan cakap le tak dak sakit cuma ada tekanan darah rendah jer. dah tu mula cek tekanan darah....ok fine tengok je result hahaha memang le rendah. sutdent boleh plak tanya akak dekat rumah ada tak alat nak cek tekanan darah nie....hahaha aloi sayang kalau alat tu boleh bagi akak nie tekanan darah normal confirm akak beli punya. klu tak buat apalah akak beli. membazir je.

so bila dah cek sebelum mulakan operasi mcm biasalah diaorang akan panggil pensyarah dia. ok macam biasa lecture yang slalu Cik Kasut kena bila nak cabut gigi tu Dr. Ahmad Fahmi Mohamad Bustaman. Dr. Ahmad Fahmi nie very nice person. serius wey...  haha ayat macam slalu kena cabut jer kan...padahal 2 kali jer pas ni tak de dah pun. student yang mengerjakan gigi2 Cik Kasut ni Cik Kasut lupa toi nama depa nie. tapi yang assistant student tu ingat le nama dia hashim.

so student nie (klu tak silap le kan nama dia Loh Weah, sori klu silap yek. otak tak brapa nak berfungsi dengan betui skarang nie terutamanya sebelah kiri) brief le kat lecture dia pasai patient yang cun itu...perlukah di situ????????? so bila loh weah cakapa pasai Cik Kasut nie ada tekanan darah rendah Dr Ahmad Fami nie pun tanya ler macam ne nak tau klu orang tu ada tekana darah rendah???? ha terdiam depa tu nak jawab.. Cik Kasut dah nak gelak2 dah atas kusi tu...macam2 ler jawapannyer so Dr Ahmad  Fahmi pun terang ler dengan panjang lebarnyer...

Loh Weah pun mintak maaf kat Cik Kasut dekat Cik Kasut sebab tak leh jawab soalan lecturer dia tu. sebab selalunyer patient dia tekanan darah tinggi bila dapat tekana darah rendah tak tau nak jawab cam ne. Cik Kasut jawab ler tak pe at least sekarang nie dah tau macam ne nak tau orang tu ada tekanan darah rendah.

bila time nak cucuk ubat bius jer dah kecut perut...sakit wey time tu...nak cabut dah tak de masalah sebab dah tak rasa pape. so bila dah bius tu mula ler muka keromok2...hahaha..2 kali cucuk tibalah masa nak cabut. tak perasan langsung aleh2 dah abis dah.cepat giler si Loh Weah nie buat. siap offer g akak nak tenok tak gigi akak.... memang tak kose ler Cik Kasut nak tengok gigi tu dengan darah dah ada.....eeeeee tak sanggup ler wey. masa nak cabut gigi yang 1 lagi tu si Loh Weah tanya akak ok lagi ke?? ok lah lagi walaupun kejap2 ada rasa macam susah nak nafas...penin2 pun ada tapi tak pe nak cantik punya pasai akan ku harungi jua. gitulah semangat orang pompaun kalau nak cantik....alah laki pun ak kurang jugakkan.

bila dah cabut tu si Loh Weah kasi ler ubat tahan sakit aka paracetamol. Cik Kasut cakap ler tak yah lah kasi sebab dulu pun kasi jugak dengan antibiotik (antibiotik tu sebab dulu masa cabut gigi gusi kena jahit so takut kena infection). si hashim berkeras jugak nak bagi oklah abik jugak ler.dah orang nak kasikan...sebab nak makan buat apa ubat tahan sakit tu kalau lepas abis ubat kebas tu tak sakit mana pun...(bukan nak bangga tapi dah tak sakit buat pa nak makan)

Bila dah setel si Loh Weah cakap ingatkan dia pasai nak boh nama Cik Kasut dalam waiting list untuk gigi paslu...kleassssss kan... pas nie mak cik pakai polident....very the macam orang tuakan...tapi may be Cik Kasut prefer tanam je gigi palsu tu walaupun wawa aka student gigi yang merangkap becoming doc peribadi Cik Kasut klu tanam gigi palsu nie mahal sikit tapi mahal yang macam ne Cik Kasut tak pastilah tapi Cik Kasut tak kesah sebab Cik Kasut guna Guarantee letter aka surat jaminan almaklum ler Cik Kasutkan keje gomen so  kita gunalah kemudahan yang ada. so kalau kena bayar pun tak delah sebanyak orang lain :) (sebab tu ler dengan penuh berangan nak pakai braces nie)

so sekarang nie kenalah makan benda2 yang lembut. kalau suap2 pun sikit2 jer sebab mulut nie tak leh bukak luas2 nak cakap pun sebutan tak brapa lagi sebab lidah n pipi sebelah kiri bahagian dalam masih ada saki baki bius tu. sangat sakit ati kalau kengkawan buat lawak kita nie tak leh nak gelak join sekali....huhuh....tak pe korang.....

Tuesday, 7 February 2012

Air mata seorang wanita


Itulah kenapa perasaan seorang wanita sangat peka. Allah menciptakannya dengan 9 perasaan dan 1 akal, maka mereka selalu mengutamakan perasaannya ketika ia hadapi sebuah permasalahan.
 
Tak hairanlah ketika perasaannya sedang sebak, air matanya pun mengalir. Bukan kerana dia lemah, tapi dengan air mata itulah ia meluahkan segala rasa yang ada didadanya beban kehidupannya dan permasalahan yang dihadapinya
 
Kenapa Allah menciptakan wanita begitu istimewa? Wanita diberikan sebuah bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia dan isinya, dan dia jadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan, ketika dia harus menopang kepala bayi yang sedang tertidur.
 
Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan.
 
Diciptakannya mereka begitu sabar menghadapi cercaan dari bayi yang dilahirkannya dari rahim
 
Allah memberikan mereka kesabaran untuk selalu memberikan perhatian dan kasih sayang pada keluargannya walaupun dirinya letih, mereka tetap berjuang tanpa kenal lelah dan kadangkala menahan sakit namun mereka tidak pernah berkeluh kesah.
 
Cinta yang diberikan kepada putera puterinya tidak terbatas. Dia hanya tulus memberi dan tidak pernah mengharap kembali.. walau kadangkala dia disakiti dan dicaci maki namun setiap saat dan keadaannya dia begitu beerti tidak pernah sakit hati walau hatinya sering kali dilukai.
 
Wanita sebagai semangat dan kekuatan untuk membimbing suami ketika masa sulit yang dihadapinya bukankah wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki. Bukankah tugas sebuah tulang rusuk adalah untuk melindungi jantung dan hati agar ia selalu selamat dan tak tercedera?
 
Satu kekhususan yang Allah berikan pada wanita, AIR MATA. kerana dengan air mata wanita boleh menumpahkan perasaannya bila mereka memerlukannya. Bukan sebuah kelemahan ketika wanita menangis tapi air mata itu adalah sebuah air mata kehidupan.
 
‘Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. (Al-Hadith)
 
Oleh kerana itulah wahai ikhwan jadikan jangan kau siakan wanita. Ingatlah kau juga dilahirkan dari rahim ibumu yang juga seorang wanita, jika kau melukai hati wanita itu sama halnya kau lukai hati ibumu.
 
Jadi, lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangan.Itulah sebab kita di jadikan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain. Segala amalan yg kita lakukan tetap akan di balas walau sebesar zarah.
 

Monday, 6 February 2012

Shania Twain - Forever and For always

jom layan lagu nie... :) 




Tangisan 12 Rabi'ul Awal









Air Mata 12 Rabi'ul Awal

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam mulai sakit

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam mulai gering. Baginda bertanya kepada isteri-isterinya: “Giliranku esok di mana? “Di mana aku esok?”.

Isteri-isteri yang penuh kasih sayang memberikan pilihan kepada suami yang tercinta, untuk memlih di mana saja dia ingin berada. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam memilih rumah si pipi merah, Aisyah binti Abu Bakar Radiallahu ‘anhu.  Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam menghabiskan sisa-sisa hujung kehidupannya di rumah ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu..

Di rumahnya, ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu membacakan surahal-Falaq dan an-Nas serta doa-doa yang dihafalnya, sambil meniupkan ke seluruh tubuh baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam. Begitu kasihnya ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam.

Wasiat baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam
Sayangnya nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam kepada umatnya. Di saat akhir kehidupannya, lima hari sebelum nyawanya diambil, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam meninggalkan pesanan yang mungkin dilupakan oleh ramai umatnya di zaman kini. Pesanan baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam berbunyi:

“Allah melaknat orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai masjid”.  Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam meneruskan nasihatnya: “Jangan kalian jadikan kuburku sebagai berhala yang disembah”.

Empat Hari Sebelum Saatnya Tiba
Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam tetap mengimami solat berjemaah sehinggalah solat maghrib pada hari keempat sebelum ajalnya tiba. Menjelang Isya’, sakit baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam semakin mencengkam. Sakitnya itu tetap tidak menghalang Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam daripada mengambil berat tentang solat Jemaah umatnya. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam berkata:

“Adakah semua orang telah mendirikan solat?”

Jawab para sahabat: “Belum wahai Rasulullah, mereka sedang menunggumu.”

“Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam berkata: Sediakan bekas air untuk ku.” Lalu para sahabat melakukannya, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam cuba menyegarkan dirinya dengan air tersebut. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam cuba bangun, tetapi tidak mampu. Sakit masih mencengkamnya. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam jatuh pengsan.

Nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam terjaga, lalu bertanya:

“Adakah semua orang telah mendirikan solat?”

Para sahabat menjawab: “Belum wahai Rasulullah, mereka sedang menunggumu.”

Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam menyegarkan lagi dirinya dengan air, tetapi masih tidak terdaya. Baginda bertanya lagi berulang kali:

“Adakah semua orang telah mendirikan solat?”

Sahabat Radiallahu ‘anhu yang ada memberikan jawapan yang sama: Belum wahai Rasulullah, mereka sedang menunggumu.

Berulang kali soalan itu ditanya oleh nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam terlalu gering, tidak mampu untuk mengimami solat, walau sudah berulang kali baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam berusaha menyegarkan badannya. Akhirnya, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam menyuruh Abu Bakar Radiallahu ‘anhu mengimami solat menggantikan baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam.  Abu Bakar Radiallahu ‘anhu memikul amanah itu, semenjak hari itu, dia telah mengimami sebanyak tujuh belas kali solat fardhu.

Senyuman Subuh Terakhir

Umat Islam sedang mendirikan solat Subuh bersama Abu Bakar Radiallahu ‘anhu. Tiba-tiba Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam menyingkap tabir di bilik ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu lalu memandang ke arah mereka. Baginda tersenyum dan tertawa.

Abu Bakar Radiallahu ‘anhu dengan penuh hormat mengundurkan dirinya kerana menyangka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam ingin bersolat bersama mereka.

Kerana terlalu gembira, para sahabat sehingga mahu berhenti solat ketika itu. Tetapi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam memberikan isyarat agar solat diteruskan. Kemudian baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam masuk semula ke dalam biliknya, dan menutup tirainya.

Tangisan dan ketawa Fatimah Radiallahu ‘anhu

Pagi itu, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam membisikkan sesuatu di telinga Fatimah Radiallahu ‘anhu. Fatimah menangis mendengarnya. Kemudian nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam memanggil puterinya sekali lagi, lalu berbisik. Kali ini Fatimah ketawa keriangan.

Aisyah Radiallahu ‘anhu dan isteri yang lain kehairanan lalu bertanya kepada Fatimah Radiallahu ‘anhu.  Dia menjawab:

“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam membisikkan kepada ku bahawa baginda akan wafat dengan sakit yang dihadapinya, lantas aku pun menangis. Kemudian baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam membisikkan kepada ku bahawa akulah ahli keluarganya yang pertama akan menyusul selepasnya, aku pun ketawa.
Fatimah Radiallahu ‘anhu puteri Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam berasa kasihan kepada ayahnya yang kesakitan, lalu dia berkata kepada ayahnya:

“Alangkah deritanya ayah..”

Nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam menjawab: “Selepas ini tiada lagi penderitaan ke atas ayah mu.”

Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam meninggalkan nasihat buat umatnya: “Jagalah solat, jagalah solat, dan hamba-hamba yang dimiliki.”

Di atas pangkuan ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu

Nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam berada dalam pelukan isteri tercinta, ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu.  Saudara lelaki ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu, Abdul Rahman bin Abu Bakar muncul sambil membawa sebatang kayu sugi.

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam memandang ke arah Abdul Rahman. Si isteri tercinta memahami isi hati suaminya. ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu tahu nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam ingin kan kayu sugi tersebut. 

‘Aisyah Radiallahu ‘anhu bersuara:

“Mahukah aku ambilkan kayu sugi untukmu?”. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam menganggukkan kepala setuju.

‘Aisyah Radiallahu ‘anhu mengambil kayu sugi, lalu menghulurkannya kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam. ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu menyedari kayu sugi itu terlalu keras, lalu dia mengambilnya kembali. 

Dia bertanya lagi:

“Mahukah jika aku lembutkannya untuk mu?”. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam mengangguk tanda bersetuju.

Lalu, ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu melembutkan kayu sugi itu dengan menggigit-gigit hujungnya. Lalu ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu memggosokkan giri Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam dengan kayu tersebut.
Nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam wafat atas pangkuan ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu, dengan bersatunya air liur ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu dan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam.

Akhirnya…

Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam berasa sakit. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam mencelup tangannya di dalam air, kemudian menyapu mukanya, lalu berkata: Tidak ada Tuhan selain Allah. Sesungguhnya pada kematian itu ada kesakitan.

Selesai sahaja bersugi, baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam mengangkat tangan atau jarinya ke langit, lalu menyebut: “Bersama orang-orang yang engkau berikan nikmat kepada mereka, daripada kalangan nabi-nabi, siddiqin, syuhada’ serta solihin. Ya Allah, ampunilah diri ku, rahmatilah diri ku. Temukanlah aku dengan Teman Yang Tertinggi, Ya Allah Teman Yang Tertinggi”.

Tangisan Para Sahabat

Anas bin Malik Radiallahu ‘anhu berkata:  Tidak pernah aku melihat hari yang paling baik dan berseri-seri melainkan hari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam sampai kepada kami, dan tidak pernah aku melihat hari yang paling buruk dan gelap melainkan pada hari kewafatan nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam.

Berita kematian nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam tersebar, tangisan tidak tertahan lagi. Air mata sahabat bercucuran.

Fatima, puteri Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam Radiallahu ‘anhu berkata: Duhai ayahanda kesayanganku, yang telah menyahut panggilan Tuhannya, duhai ayahanda kesayanganku, syurga Firdaus tempat kembalinya, duhai ayahanda kesayanganku, kepada Jibril kami sampaikan berita kewafatannya.

Umar Radiallahu ‘anhu hilang pertimbangan, kecintaannya kepada nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam membuatkan dia seakan tidak sedar apa yang dia katakan. Umar Radiallahu ‘anhu berteriak dengan suara yang lantang:

“Ada orang-orang munafiq yang mendakwa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam telah wafat. Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam tidak mati, tetapi baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam pergi bertemu Tuhannya sebagaimana Musa bin ‘Imran yang menghilangkan diri daripada kaumnya selama empat puluh hari. Kemudian dia kembali semula kepada kaumnya setelah orang berkata dia telah mati. Demi Allah! Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam akan kembali dan memotong tangan dan kaki orang yang mengatakan baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam telah mati!”.

Abu Bakar Radiallahu ‘anhu bergegas pulang tatkala mendengar berita kematian Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam. Dibukanya kain yang menutupi nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam, dipeluk dan diciumnya nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam.

Abu Bakar menenangkan umat..

Umar Radiallahu ‘anhu masih lagi mengungkapkan kata-katanya tadi. Abu Bakar Radiallahu ‘anhu berkata kepada Umar Radiallahu ‘anhu: “Duduklah Umar!”. Tetapi Umar Radiallahu ‘anhu enggan untuk mendengar arahan Abu Bakar Radiallahu ‘anhu.

Abu Bakar Radiallahu ‘anhu terus berkata: “Sesiapa di kalangan kamu yang menyembah Muhammad Sallallahu ‘alaihi wassalam, sesungguhnya Muhammad Sallallahu ‘alaihi wassalam telah mati. Sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah Hidup dan tidak mati.” Beliau terus  membaca surah Ali Imran, ayat 144:

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).

Para sahabat terpaku. Mereka tersedar daripada lamunan mereka. Mereka mulai sedar hakikat nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam telah meninggalkan mereka. Kata-kata Abu Bakar Radiallahu ‘anhu menyentap jiwa mereka yang sedang kesedihan, mengambalikan mereka kepada kewarasan.
“Demi Allah! Seakan-akan manusia tidak mengetahui bahawa ayat ini pernah diturunkan sehinggalah Abu Bakar membacanya. Lalu semua orang mengambil ayat itu daripada Abu Bakar. Lantas semua orang yang mendengar ayat itu dibaca, turut membacakannya”, demikian kata Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhu.

Umar Radiallahu ‘anhu yang tadi terlalu sedih hingga mengeluarkan kata-kata yang yang menggoncang akidah umat Islam, tersedar daripada kesilapannya. Ayat itu menyentap jiwanya kembali, menenangkan kembali hatinya yang sedang berkecamuk:

“Demi Allah, sebaik sahaja aku mendengar Abu Bakar membacakan ayat itu, aku menjadi lemah longlai sehingga tidak berdaya untuk berdiri. Akhirnya aku rebah ke bumi apabila mendengar Abu Bakar membacakannya. Maka yakinlah aku, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam telah wafat”.

[Ringkasan daripada ar-Rahiq al-Makhtum susunan Shaikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri. Edisi terjemahan bertajuk Sirah Nabawiyyah terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)]
---------------------

Akhirnya 12 Rabi’ul Awal tahun 11 Hijrah, hari Isnin, perginya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam meninggalkan umatnya.

Mana mungkin umatnya tidak menangis tatkala baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam meninggal dunia, sedangkan ketika hidupnya baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam menempuh 1001 ujian dan seksaan hanya kerana menyampaikan Islam kepada umatnya.

Bagaimana nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam yang sebelumnya dipercayai oleh semua penduduk Mekah, akhirnya ditolak dan dicerca tatkala berdiri di Bukit Safa, menyeru kaumnya kembali kepada Allah.

Bagaimana mungkin kita lupa, ketika nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam sedang sujud di Masjidil Haram, lalu kaum musyrikin meletakkan najis dan kotoran di atas batang tubuh nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam. Lalu munculnya Fatimah Radiallahu ‘anhu menangis sambil membersihkan tubuh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam.

Bagaimana kita boleh lupa, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam ketika pertama kali mengajak penduduk Madinah kepada Islam, baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam dibalas dengan lontaran batu. Setiap penjuru jalan yang baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam lalui, kanak-kanak, hamba dan kaum wanita menanti sambil melemparkan batu-batu ke arah nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam. Lalu malaikat menawarkan tawaran untuk memusnahkan mereka yang menyakiti nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam, tetapi nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam menolak tawaran itu, kerana masih yakin akan datang masanya generasi kemudian menerima dakwah beliau.

Bagaimana kita boleh lupa…………….
 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...