Saturday, 21 July 2012

Untuk Istriku -Untuk Suamiku, Deretan Kata Untuk Sang Pengantin Untuk Istriku


Assalamualaikum

Pernikahan atau perkawinan
Membuka tabir rahasia
Suami yang menikahi kamu
Tidaklah semulia Muhammad SAW
Tidaklah setaqwa Ibrahim AS
Pun tidak setabah Ayyub As
Ataupun segagah Musa AS
Apalagi setampan Yusuf AS

Justru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
Yang punya cita-cita
Membangun keturunan yang sholeh.

Pernikahan atau perkawinan
Mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami adalah nahkoda kapal, kamu navigatornya
Suami bagaikan balita yang nakal, kamu adalah penuntun kenakalannya
Saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgasananya
Seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar obatnya
Seandainya suami masinis yang lancang
Sabarlah memperingatkannya

Pernikahan atau perkawinan
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan ridha Allah SWt
Karena memiliki suami yang tidak segagah mana
Justru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna didalam menjaga
Pun bukan Hajar, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman
Yang berusaha menjadi solehah
Amin.

Untuk suamiku

Pernikahan atau perkawinan
Menyingkap tabir rahasia
Istri yang kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah
Apalagi secantik Zulaikha

Justru istrimu hnayalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita
Menjadi sholehah.

Pernikahan atau perkawinan
Mengajar kita kewajiban bersama
Istri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Istri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Istri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Istri adalah murid, kamu mursyidnya
Istri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat istri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Seketika istri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandainya istri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya

Pernikahan atau perkawinan
Mengisyafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan ridha Allah SWT
Karena memiliki istri yang tidak sehebat mana
Justru.
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah
Pun bukan pula sayyidina Ali
Karamallahuwajhah
Cuma suami akhir zaman
Yang berusaha menjadi soleh
Amin.

Dari majalah Al-Izzah
[smoga kelak Allah membarakahi pernikahan-pernikahan kita (insya Allah). Dan semoga barakah pula keturunan kita, menjadi jundi-jundi Allah, mujahid yang kelak kan meninggikan kalimah-Nya, Amin. btw, makanya persiapannya sejak sekarang  bermula dari niat yang ikhlas dan mulia, lillahi ta'ala.]

Thursday, 19 July 2012

Nak kawen tak dak calon @ calon dah ada???


Assalamualaikum

Ada seorang kawan yang senasib dengan saya bertanya saya,

"Kenapa ye kita ni berat sangat jodoh?...ada orang tu senang sangat jumpa jodoh, tak payah susah2 usaha cari jodoh....ada orang tu tak payah nak buat solat hajat, solat istikharah nak dapatkan jodoh....senang je jalannya....kita ni doa pun sudah, solat hajat, solat istikharah pun sudah, tapi tak juga2 dapat....apa makna semua ni? saya dah malas nak buat solat hajat dan solat istikharah dah....sama je...tak ada hasil pun....orang lain tak payah buat solat hajat solat istikharah pun dah lama kawin, bahagia lagi..."

hmmm....saya hanya mampu terdiam....tak mampu nak jawab persoalan tu....berat rupanya persoalan ni...

Siapakah kita untuk mempertikaikan urusan Allah? Bukankah sejak azali setiap manusia telah ditetapkan rezeki , ajal dan jodohnya sebelum di tiupkan roh pada jasad. Di alam itu, kita telah membuat perjanjian bahawa akan terima apa saja yang Allah telah tetapkan.

Lewat atau cepatnya jodoh, bukanlah urusan manusia. Kalau sudah bertemu, masa dan ketikanya telah Allah tetapkan sejak azali, siapa yang dapat mengubahnya. Walaupun kita mahu dan ingin tetapi bukan dalam qudrat dan iradat Allah, sezarah pun tidak mampu untuk dicapai hajat itu.

Jika kita menolak tetapi di dalam kehendak dan kekuasaan Allah, tidak selangkah pun kita mampu untuk berundur.

Doa hanyalah salah satu usaha manusia. Dan ingatlah bukan kerana doa kita maka apa yang kita mahu Allah sampaikan. Sebabnya, kalau kerana doa kita,hajat tercapai, bermakna kita yang perintah Allah. Bukan Allah yang berkuasa. Hajat yang doa tercapai disebabkan telah tiba masa dan ketikanya apa yang kita rancang bertepatan dengan apa yang telah Allah takdirkan.

Allah mahu lihat kesungguhan dan ketulusan kita berdoa. Adakah bersolat kerana mohon hajat atau bersolat kerana Allah? Adakh berdoa kerana mahu hajat disampaikan atau berdoa kerana Allah? Berdoa kerana kita ini hamba, kita ini lemah tak berdaya...

Kalau bersolat kerana di atas jelaslah solat itu ada maksud dan solat dengan ego. Hajat tidak sampai , rasa jemu berdoa. Sebenar berdoa itu adalah ibadah. Jemu  berdoa samalah jemu untuk meneruskan ibadah...

Ingat lah, Nabi Allah Zakaria berdoa selama 90 tahun untuk mendapat zuriat... kita ini baru berapa hari berdoa? Itu pun adakah berdoa dengan penuh tulus dan pengharapan?

Setiap manusia akan diuji, dan ujian yang diterima oleh setiap manusia itu berbeza-beza. Usahanya tetap sama, berdoa...terus berdoa dengan tulus dan pengharapan...



JAWAPAN Jika Ditanya Tentang Jodoh

Kenapa Lambat?= Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku.

Sudah Berpunya? = Ya..Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing-masing.

Siapa? = Nanti Allah akan perkenalkan kepada semua.

Bila? = Bila tiba masanya untuk disatukan...

InsyaAllah jemput datang ke Walimatul urusku nanti :)


P/S: Janganlah selalu bertanya bila orang tu mahu berkahwin kerana semua rahsia dia, terletak di dalam urusan Allah... Akan tiba  masa Allah akan membongkarkannya... 

Wednesday, 18 July 2012

6 Pertanyaan Untuk Kita Renungkan


Assalamualaikum

Suatu hari Seorang Guru berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu beliau mengajukan enam soalan 

Pertama …

“Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini …???”
Murid-muridnya ada yang menjawab… “Orang tua”, “guru”, “teman”, dan “keluarganya”. Sang Guru menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “kematian”. Sebab kematian adalah PASTI adanya …..

Lalu Sang Guru meneruskan pertanyaan kedua …

“Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini …???”
Murid-muridnya ada yang menjawab.“Negara China”, “bulan”, “matahari”, dan “bintang-bintang”.
Lalu Sang Guru menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar, tapi yang paling benar adalah “masa lalu” … Siapa pun kita … bagaimana pun kita … dan betapa kayanya kita … tetap kita TIDAK dapat kembali ke masa lalu sebab itu kita harus menjaga hari ini … dan hari-hari yang akan datang …

Sang Guru meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga…“Apa yang paling besar di dunia ini …???”Murid-muridnya ada yang menjawab “Gunung”, “bumi”, dan “matahari”. Semua jawapan itu benar kata Sang Guru …
Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”. Banyak manusia menjadi celaka kerana menurut hawa nafsunya. Segala cara dihalalkan demi mewujudkan impian nafsu. Kerana itu, kita harus hati-hati dengan hawa nafsu ini jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka (atau kesengsaraan dunia dan akhirat) …

Soalan keempat adalah … “Apa yang paling berat di dunia ini …???” Di antara muridnya ada yang menjawab … “Baja”, “besi”, dan “gajah” “Semua jawapan hampir benar …”, kata Sang Guru tapi yang paling berat adalah “memegang amanah” …

Soalan-soalan yang kelima adalah … “Apa yang paling ringan di dunia ini …???” Ada yang menjawab “kapas”, “angin”, “debu”, dan “daun-daunan”. “Semua itu benar …”, kata Sang Guru, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah “meninggalkan ibadah” …

Lalu soalan keenam adalah …“Apakah yang paling tajam di dunia ini …???” Murid-muridnya menjawab dengan serentak … “PEDANG …!!!” “(Hampir) Benar …”, kata Sang Guru, tetapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri …

Friday, 8 June 2012

Gambaran Kiamat

Assalamualaikum.....

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa
padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). 

Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. 

Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. 
Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. 

Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. 

Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. 

Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. 

Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. 

Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. 

Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.(Astaghfirullah Al-azim)


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Thursday, 7 June 2012

Kisah Umar Abdul Aziz dan Ana


Assalamualaikum.....

moga kisah ini menjadi tauladan dan pengangan kita semua...InsyaAllah

 
Cuaca yang panas, matahari memancar terang sejak pagi, setelah selesai bermain anak bongsu Khalifah Umar Abdul Aziz merasa lapar dan meminta makanan dari ibunya. Namun ketika itu isteri khalifah Umar, Fatimah belum memasak apa-apa.
 
“Pergilah berjumpa dengan ayahmu di Baitulmal, mungkin dia dapat memberikan kamu sesuatu yang dapat dimakan,” kata Fatimah.
 
Si anak terus berlari riang menemui ayahnya. Ketika itu dia melihat ayahnya Khalifah Umar bersama beberapa orang pegawai sedang menimbang sejumlah buah epal untuk diberikan kepada yang layak.
Tiba tiba si anak masuk dan terus menuju ke arah longgokan epal dan terus mengambil sebiji epal untuk dimakannya. Khalifah Umar melihat tindakan anak kesayangannya dan segera merebut epal itu dari mulut anaknya sehingga anaknya menangis lalu berlari pulang ke rumah.
 
“Wahai Amirul Mukminin, anakmu sedang lapar, kita masih mempunyai simpanan buah epal yang banyak untuk diberikan kepada orang ramai, sekiranya hilang sebiji, tentu tidaklah ia menyebabkan kerugian,” kata Sahal, adik Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang turut berada di situ dan menyaksikan kejadian tersebut.
Sahal, tidak sampai hati melihat anak saudaranya yang sedang lapar itu menangis ketika sebiji epal  yang hendak dimasukkan ke dalam mulut yang direbut oleh ayahnya.
 
Khalifah Umar hanya berdiam diri mendengar kata-kata adiknya ini. Hatinya sendiri ketika itu gelisah. Dia terpaksa memilih antara keredhaan Allah dengan keinginan anak kesayangannya. Dia memilih mengutamakan keredhaan Allah.
 
Setelah selesai kerjanya di Baitulmal, Khalifah Umar Abdul Aziz segera pulang ke rumah. Dia menemui anaknya, dia memeluk dan mencium buah hatinya serta dia juga mencium bau buah epal dari mulut anak bongsunya itu. Khalifah Umar segera memanggil isterinya, Fatimah.
 
“Wahai Fatimah, dari mana kamu dapatkan buah epal untuk anak kita?” tanya Khalifah Umar.
“Anak itu sedang kelaparan tadi, dan dia teringin sekali memakan buah epal, lalu saya belikannya sebiji di pasar, epal itulah yang dimakannya untuk menahan rasa lapar,” jawab Fatimah.
 
Dengan wajah lapang dan sambil menangis Khalifah Umar pun bercerita kejadian tadi berkenaan anaknya sambil berkata,”Wahai isteriku Fatimah, ketika aku merebut buah epal itu dari mulut anak kita, benar-benar aku merasakan seperti merengut jantung aku sendiri. Apakan daya kerana aku sangat takut api neraka yang akan membakar anak kita, jadi aku rebut buah epal itu dari mulutnya”.
 
Begitulah seorang hamba Allah, seorang khalifah , mukmin muttaqin, yang menunjukkan sikap amat berhati-hatinya, yang mengharapkan seluruh keluarga bahkan rakyatnya untuk mencapai syurga Allah. Beliau sangat bimbang sekiranya benda haram menjadi darah daging anak dan keluarganya. Wallahua’lam…

Wednesday, 25 April 2012

Kehidupan

Ketika kerjamu tidak dihargai, maka saat itu kamu sedang belajar tentang ketulusan...
ketika usahamu dinilai tidak penting maka saat itu kamu sedang belajar tentang keikhlasan...
ketika hatimu terluka sangat dalam, maka saat itu kamu sedang belajar tentang memaafkan...
ketika kamu merasa sepi dan sendiri, maka saat itu kamu belajar tentang kesungguhan...
ketika kamu harus merasa membayar biaya yang sebenarnya tidak perlu kamu tanggung maka saat itu kamu sedang belajar tentang kemurahan hati...
tetap bersemangat, tetap tersenyum dan bersabar
kerna sesungguhnya kamu sedang menimba ilmu di universiti kehidupan...
Allah swt meletakkan kamu di tempat sekarang bukan kerana kebetulan tetapi Allah swt mempunyai maksud terhadap hidupmu..
Subhanallah...




Wednesday, 18 April 2012

Haram Memadukan Dua Bersaudara



Assalamualaikum....

Artikel ni Cik Kasut terbaca dalam mega agama. untuk makluman dan rujukan kita bersama.

     Tajuk perbincangan yang saya kira amat menarik ialah memadukan dua bersaudara. Yang menarik dan mengejutkan, betapa ramai orang tidak mengetahui bahawa perbuatan memadukan dua bersaudara itu adalah HARAM.
     Barangkali isu ini tidak timbul kerana masyarakat merasakan ia tidak berlaku atau kemungkinan ia berlaku adalah tipis. Namun ia telah dan tetap berlaku, maka ia perlu dijelaskan.
     Merujuk Surah Al-Nisa' ayat 23, selain daripada dua beradik, haram juga hukumnya memadukan anak saudara dengan ibu saudaranya. Maksudnya di sini, jika A telah berkahwin dengan B, kemudian A berkahwin pula dengan C, ibu saudara B iaitu adik kepada emak B atau ayah B.
     Dalam riwayat Trimidzi ada disebut: ''janganlah seseorang perempuan berkahwin di atas perkahwinan ibu saudaranya dan janganlah ibu saudara sebelah bapa berkahwin ke atas perkahwinan anak perempuan kepada saudaranya, janganlah seorang perempuan berkahwin di atas perkahwinan emak saudaranya sebelah ibunya, janganlah emak saudara sebelah ibunya berkahwin di atas perkahwinan anak perempuan saudaranya. Janganlah kakak berkahwin di atas perkahwinan adiknya dan janganlah adik berkahwin di atas perkahwinan kakaknya.''
     Yang jelas bukan sahaja memadukan dua beradik perempuan itu HARAM, tetapi memadukan anak saudara dengan ibu saudaranya sebelah ibu atau ayah juga HARAM.  Ini kerana poligami itu sendiri jika dilaksanakan di kalangan orang yang tidak bersaudara menimbulkan pelbagai perbalahan dan sengketa, maka jika ia dibuat antara dua beradik, maka akan putuslah tali silaturahim.
     Rasulullah SAW bersabda dalam riwayat Ibnu Hibban : "Bahawa jika kamu melakukan yang demikian itu (memadukan dua bersaudara atau ibu saudara denga nanak saudara) kamu telah memutuskan tali kasih sayang sesama kamu".
     Ini adalah tegahan yang sememangnya telah wujud keran Rasulullah SAW tahu poligami boleh menimbulkan sengketa dan perbalahan.
     Dari sudut hukum jika perkahwinan telah berlaku :
  • Jika seorang lelaki menikahi dua perempuan bersaudara dalam satu akad, kedua-dua pernikahan itu FASIK tetapi TIDAK BATAL. Pasangan perlu dipisahkan dan jika mereka dipisahkan sebelum persetubuhan berlaku, maka kedua-duanya tidak mendapat apa-apa dan tiada iddah. Jika telah berlaku persetubuhan, menurut Hanafi, setiap seorang berhak kepada mahar mithli dengan syarat tidak melebihi mahar musamma dan keduanya perlu beriddah.

  • Jika seorang lelaki menikahi A dahulu dan kemudian menikahi adik A iaitu B kemudian, maka dari segi hukum, PERNIKAHAN PERTAMA SAH dan yang KEDUA FASIK. Isteri kedua tidak mendapat apa-apa sekiranya belum berlaku persetubuhan. Jika telah berlaku persetubuhan maka, perlu membayar mahar mithli yang tidak melebihi mahar musamma  dan isteri kedua wajib beriddah. Ini kerana hubungan subhah atau kesamaran. SUAMI TIDAK BOLEH BERSETUBUH DENGAN ISTERI PERTAMANYA SEHINGGA ISTERI KEDUA SELESAI BERIDDAH.

  • Perlu diingat jika suami menceraikan isteri pertamanya dengan talak yang boleh dirujuk, maka dia hanya boleh berkahwin dengan adik bekas isterinya selepas tamat iddah bekas isterinya. Jika dilihat fakta ini, wujudnya hukum kerana kebarangkalian perkara seperti ini berlaku ada. Ia memang ada ada memang berlaku. Lantaran itu, dalam Islam adalah amat penting menjaga perlakuan dan pergaulan walaupun hubungan adik-beradik dan ipar. Jika sumbang mahram boleh berlaku seperti abang menjalin hubungan dengan adik perempuan kerana pergaulan adik beradik yang tidak berlandaskan hukum, maka tidak mustahil seorang abang ipar jatuh cinta dengan adik isterinya sendiri.
     Sebagai manusia kelemahan kita adalah nasfu dan bisikan syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan. Apalah ada pada cinta jika semuanya berlandaskan nafsu yang menyesatkan. Jika poligami hanya boleh berlaku jika masih ada wanita yang sanggup merampas kebahagiaan seorang wanita lain, maka memadukan adik beradik hanyta boleh berlaku keran hasutan syaitan yang boleh menyebabkan seorang adik tergamak merampas suami kakaknya atau anak saudara merampas suami ibu saudaranya.
     Ia bukan saja akan melukakan hati saudara kandung tetapi merosakkan hubungan kekeluargaan. Seorang ibu tentunya sangat sukar membuat pilihan antara dua orang anak perempuannya apabila kedua-duanya menyintai lelaki yang sama.


Penulis :- PROF. MADYA DATIN NOOR AZIAH MOHD. AWAL
               Pensyarah Fakulti Undang-undang UKM


Tuesday, 10 April 2012

hati sudah di pos jauh

 Assalamualaikum....

peh lama sangat Cik Kasut tak update blog niekan...dah naik bersawang dah...hahahhaa ada ke lagi orang nak baca blog Cik Kasut nie.

peh tengok kemain je kan..... jap lagi petang Cik Kasut akan beransur balik ke kampung...huhuhu...tak sabar nak tengok dak debab anak adik. rindu giler...kalau dulu homesick sekarang nie lagilah kalau boleh hari2 nak call adik pas cakap dengan dak debab tu...tapi yang geramnyer bila call semendang tak boleh cakap. dia dok tengok telepon jer bukan nak dengar sore mak ngah dia nie....huhuhuhu

nak buat keje pun dah tak semangat....dengan keadaan mulut yang tak brapa nak ok lagi.... (ko kenapa kiah mulut tu dah herot ke????) (ok fine cita lain pulak dah)

untuk makluman semua 2 3 menjak nie Cik Kasut buat rawatan gigi dekat Fakulti pergigian UKM,Jalan Raja Muda Abdul Aziz. hajat di hati teringin giler nak pakai braces walaupun dah dinasihat oleh student2 pergigian ngan pensyarah diaorang......alasannyer gigi awat dah elok gusi pun tak de masalah so buat pa nak buat jugak...huhuhuh...(tapi nak jugak  :( )

semalam Cik Kasut mc sebab kena cabut gigi 2 batang. sebelum kena cabut tu macam besalah student tu akan tanya soalan yang sama dengan sebelumnyer walaupun dalam rekod Cik Kasut dah ada benda tu. tapi tak pelah nak hilangkan gemuruh so jawab jer persoalan diaorang. bila tanya ada sakit ke tak Cik Kasut akan cakap le tak dak sakit cuma ada tekanan darah rendah jer. dah tu mula cek tekanan darah....ok fine tengok je result hahaha memang le rendah. sutdent boleh plak tanya akak dekat rumah ada tak alat nak cek tekanan darah nie....hahaha aloi sayang kalau alat tu boleh bagi akak nie tekanan darah normal confirm akak beli punya. klu tak buat apalah akak beli. membazir je.

so bila dah cek sebelum mulakan operasi mcm biasalah diaorang akan panggil pensyarah dia. ok macam biasa lecture yang slalu Cik Kasut kena bila nak cabut gigi tu Dr. Ahmad Fahmi Mohamad Bustaman. Dr. Ahmad Fahmi nie very nice person. serius wey...  haha ayat macam slalu kena cabut jer kan...padahal 2 kali jer pas ni tak de dah pun. student yang mengerjakan gigi2 Cik Kasut ni Cik Kasut lupa toi nama depa nie. tapi yang assistant student tu ingat le nama dia hashim.

so student nie (klu tak silap le kan nama dia Loh Weah, sori klu silap yek. otak tak brapa nak berfungsi dengan betui skarang nie terutamanya sebelah kiri) brief le kat lecture dia pasai patient yang cun itu...perlukah di situ????????? so bila loh weah cakapa pasai Cik Kasut nie ada tekanan darah rendah Dr Ahmad Fami nie pun tanya ler macam ne nak tau klu orang tu ada tekana darah rendah???? ha terdiam depa tu nak jawab.. Cik Kasut dah nak gelak2 dah atas kusi tu...macam2 ler jawapannyer so Dr Ahmad  Fahmi pun terang ler dengan panjang lebarnyer...

Loh Weah pun mintak maaf kat Cik Kasut dekat Cik Kasut sebab tak leh jawab soalan lecturer dia tu. sebab selalunyer patient dia tekanan darah tinggi bila dapat tekana darah rendah tak tau nak jawab cam ne. Cik Kasut jawab ler tak pe at least sekarang nie dah tau macam ne nak tau orang tu ada tekanan darah rendah.

bila time nak cucuk ubat bius jer dah kecut perut...sakit wey time tu...nak cabut dah tak de masalah sebab dah tak rasa pape. so bila dah bius tu mula ler muka keromok2...hahaha..2 kali cucuk tibalah masa nak cabut. tak perasan langsung aleh2 dah abis dah.cepat giler si Loh Weah nie buat. siap offer g akak nak tenok tak gigi akak.... memang tak kose ler Cik Kasut nak tengok gigi tu dengan darah dah ada.....eeeeee tak sanggup ler wey. masa nak cabut gigi yang 1 lagi tu si Loh Weah tanya akak ok lagi ke?? ok lah lagi walaupun kejap2 ada rasa macam susah nak nafas...penin2 pun ada tapi tak pe nak cantik punya pasai akan ku harungi jua. gitulah semangat orang pompaun kalau nak cantik....alah laki pun ak kurang jugakkan.

bila dah cabut tu si Loh Weah kasi ler ubat tahan sakit aka paracetamol. Cik Kasut cakap ler tak yah lah kasi sebab dulu pun kasi jugak dengan antibiotik (antibiotik tu sebab dulu masa cabut gigi gusi kena jahit so takut kena infection). si hashim berkeras jugak nak bagi oklah abik jugak ler.dah orang nak kasikan...sebab nak makan buat apa ubat tahan sakit tu kalau lepas abis ubat kebas tu tak sakit mana pun...(bukan nak bangga tapi dah tak sakit buat pa nak makan)

Bila dah setel si Loh Weah cakap ingatkan dia pasai nak boh nama Cik Kasut dalam waiting list untuk gigi paslu...kleassssss kan... pas nie mak cik pakai polident....very the macam orang tuakan...tapi may be Cik Kasut prefer tanam je gigi palsu tu walaupun wawa aka student gigi yang merangkap becoming doc peribadi Cik Kasut klu tanam gigi palsu nie mahal sikit tapi mahal yang macam ne Cik Kasut tak pastilah tapi Cik Kasut tak kesah sebab Cik Kasut guna Guarantee letter aka surat jaminan almaklum ler Cik Kasutkan keje gomen so  kita gunalah kemudahan yang ada. so kalau kena bayar pun tak delah sebanyak orang lain :) (sebab tu ler dengan penuh berangan nak pakai braces nie)

so sekarang nie kenalah makan benda2 yang lembut. kalau suap2 pun sikit2 jer sebab mulut nie tak leh bukak luas2 nak cakap pun sebutan tak brapa lagi sebab lidah n pipi sebelah kiri bahagian dalam masih ada saki baki bius tu. sangat sakit ati kalau kengkawan buat lawak kita nie tak leh nak gelak join sekali....huhuh....tak pe korang.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...